171 kes baru jangkitan HIV dalam kalangan penduduk SG dari Jan-Okt
Gambar hiasan. (Gambar: AFP/ Noah SEELAM)
Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (1 Dec).
Selaras dengan Hari AIDS Sedunia, MOH mengumumkan jumlah tersebut yang merupakan 14 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
Sebanyak 250 kes HIV dilaporkan pada 2021, kurang dari 261 kes pada tahun sebelumnya.
Daripada 102 kes yang dilaporkan dan disemak oleh MOH antara Januari dengan Jun 2022, 93 peratus merupakan lelaki, dan 59 peratus menghidap jangkitan HIV peringkat akhir ketika didiagnos.
Jumlah ini adalah satu peratus lebih rendah dibandingkan dengan tempoh sama pada tahun lalu, menurut MOH.
MOH menambah hubungan seksual kekal sebagai mod utama jangkitan HIV, dengan 91 peratus daripada 102 kes dijangkiti melalui cara tersebut.
Antara kes baru yang dilaporkan, 55 peratus daripadanya dikesan semasa pemeriksaan HIV ketika dirawat dan lazimnya berada di tahap akhir jangkitan HIV, tambah MOH.
Lagi 17 peratus kes dikesan semasa pemeriksaan berjadual HIV dan 15 peratus dikesan melalui pemeriksaan kendiri.
Bakinya dikesan melalui 'cara pemeriksaan lain', menurut MOH.
Jumlah keseluruhan penduduk Singapura yang dijangkiti HIV adalah 9,231 setakat Jun 2022.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.