1,700 rumah privet, pejabat, ruang runcit disediakan di tapak Daerah Tasik Jurong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tapak tanah berdekatan stesen pertukaran MRT Jurong East dilancarkan untuk tender pada Khamis (22 Jun) untuk kerja-kerja pembangunan dimulakan bagi sebahagian daripada kawasan baru di Daerah Tasik Jurong.
Tapak putih seluas 6.5 hektar itu, yang dibahagikan kepada tiga bidang tanah, akan dijual kepada satu pemaju utama untuk merancang premis prejabat, rumah-rumah privet dan kemudahan-kemudahan lain.
Ia akan menghubungkan pusat komersial yang sedia ada di stesen pertukaran MRT Jurong East dengan sebuah kawasan baru dan stesen Daerah Tasik Jurong di Laluan Rentas Pulau yang akan dibina, kata Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).
Tender awam itu menandakan peringkat pembangunan seterusnya bagi Daerah Tasik Jurong, yang akan dibangunkan secara berperingkat untuk dijadikan daerah perniagaan terbesar Singapura di luar pusat bandar, sebagai sebahagian daripada strategi URA untuk mengutamakan kawasan di luar pusat bandar.
Kawasan sekitar stesen pertukaran MRT Jurong East sudah menjalani pembangunan ketara sejak pelan induk Daerah Tasik Jurong dikeluarkan pada 2008. Pusat beli-belah, hospital dan bangunan komersial dibina di kawasan itu sepanjang sedekad lalu.
Pada fasa seterusnya, sebuah kawasan baru di selatan Jurong Town Hall Road sehingga Jurong Lake seluas 120 hektar akan dibangunkan semula secara berperingkat, dan tapak putih itu adalah bidang tanah pertama dilancarkan untuk tender.
Bagi tapak pertama seluas 6.5 hektar, ia mempunyai potensi untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 146,000 meter persegi ruang pejabat, sekitar 1,700 unit rumah dan 73,000 meter persegi keluasan lantai kasar bagi gerai, restaran, hiburan, hotel, kemudahan bagi masyarakat atau ruang bagi lebih banyak pejabat.
Pembangunan bersepadu yang dicadangan itu akan dibina secara berperingkat menjelang 10 hingga 15 tahun akan datang, tambah URA.
Hub komersial itu akan diluaskan secara berperingkat ke arah selatan kepada kawasan seluas 120 hektar yang baru, menerusi jembatan bagi pejalan kaki serta jalan raya yang dikelilingi pokok.
PEMAJU UTAMA DITUGASKAN RANCANG KAWASAN ITU
URA menyatakan bahawa menjelang 2028, sebuah stesen Laluan Daerah Jurong (JRL) dan Hab Pengangkutan Bersepadu (ITH) yang merangkumi pejabat, ruang bagi masyarakat dan kemudahan runcit akan dibina di sebelah stesen pertukaran MRT Jurong East.
Tender awam itu berada di bawah Senarai Yang Disahkan bagi separuh pertama 2023 (1H2023) Penjualan Tanah Pemerintah (GLS).
Tender tersebut bagi tapak Pembangun Utama JLD akan ditutup pada pukul 12.00 tengahari, 26 Mac 2024. Maklumat lanjut tentang tapak tanah itu disediakan di laman URA.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.