Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

17 wanita ditangkap dalam serbuan kedai urut

17 wanita ditangkap semasa satu siri serbuan yang disasarkan kepada kedai-kedai urut dan hiburan awam

Anggaran Waktu Membaca:
17 wanita ditangkap dalam serbuan kedai urut

(Gambar hiasan: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 27 Jul 2018 09:32PM Dikemas Kini : 27 Jul 2018 09:34PM

SINGAPURA: Seramai 17 wanita ditangkap semasa satu siri serbuan yang disasarkan kepada kedai-kedai urut dan hiburan awam, menurut satu kenyataan polis kepada pihak media, hari ini (27 Jul).

Siri serbuan itu dijalankan semalam dan hari ini.

Semasa operasi di Beach Road itu, satu kedai urut didapati melanggar ketetapan-ketetapan perlesenan, manakala tiga kedai yang lain didapati beroperasi tanpa lesen.

Seramai enam wanita, berusia antara 32 hingga 59 tahun, ditangkap atas kesalahan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing. Lima daripada mereka tidak mempunyai sebarang permit kerja yang sah sementara wanita keenam menggajikan seorang pekerja asing tanpa permit kerja yang sah.

Semasa pemeriksaan di tempat-tempat hiburan lain di Beach Road, Haji Lane, Duxton Road, South Bridge Road dan Tanjong Pagar Road, sebanyak tiga kedai didapati melangar ketetapan-ketetapan perlesenan.

11 wanita, berusia antara 19 dengan 37 tahun, juga diberkas kerana bekerja tanpa permit kerja sah.

Dua buah tempat lain didapati menyediakan hiburan awam tanpa lesen-lesen sah. Satu daripada tempat itu juga menyediakan minuman arak tanpa lesen.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan