Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

17 suspek disiasat; berjudi & langgar peraturan COVID-19

Polis sedang menyiasat 17 individu yang disyaki terbabit dengan perjudian haram dan melanggar langkah-langkah pengurusan selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
17 suspek disiasat; berjudi & langgar peraturan COVID-19

Peralatan berkaitan perjudian dirampas di sebuah rumah di Boon Lay Place pada 16 Mei 2021. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 18 May 2021 08:42AM Dikemas Kini : 18 May 2021 08:46AM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat 17 individu yang disyaki terbabit dengan perjudian haram dan melanggar langkah-langkah pengurusan selamat.

Para suspek berusia antara 17 dengan 70 tahun, menurut polis pada Isnin (17 Mei).

Menurut kenyataan medianya, pihak polis menerima aduan sekitar 12.50 tengah malam pada Ahad lalu mengenai sebilangan besar orang yang berkumpul dalam sebuah kediaman di Boon Lay Place.

Pihak berkuasa menemui 17 orang yang didakwa bergaul dan melakukan kegiatan berkaitan dengan perjudian.

Peralatan berkaitan perjudian turut dirampas.

Seorang lelaki berusia 62 tahun sedang disiasat kerana disyaki mengendalikan sarang perjudian itu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga S$50,000.

Baki 16 suspek disiasat kerana berjudi di sarang perjudian itu dan boleh dipenjara sehingga enam bulan dan/atau didenda sehingga S$5,000.

Atas kesalahan tidak mematuhi langkah-langkah jarak selamat, mereka boleh dipenjara sehingga enam bulan dan/atau didenda sehingga S$10,000.

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan