17 remaja SG bawah 20 tahun ditangani ISA dalam tempoh 10 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: Unsplash)
SINGAPURA: Dua kes terbaharu melibatkan remaja yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menarik perhatian kepada ancaman berterusan daripada remaja yang menjadi radikal di Singapura.
Sejak 2015, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) menangani 17 remaja berusia bawah 20 tahun di bawah ISA.
Semuanya menjadi radikal online, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan media pada Selasa (2 Apr).
Daripada 17 kes itu, sembilan berniat untuk melancarkan serangan di Singapura.
Usia individu yang menjadi radikal semakin muda, dengan remaja 15 tahun yang dikenakan Arahan Sekatan (RO) pada Februari 2025 itu menjadi remaja perempuan pertama dan yang kedua paling muda dikenakan tindakan di bawah ISA.
Remaja perempuan itu menyokong ISIS, berhasrat berkahwin dengan anggota kumpulan pengganas itu dan sanggup bertempur demi kumpulan itu di Syria.
Kes remaja radikal mencerminkan trend global remaja perempuan yang berusia semuda 14 tahun, yang berhasrat melakukan perjalanan ke Syria untuk bertempur atau menyokong ISIS dengan menjadi isteri anggota kumpulan militan itu.
Ancaman ISIS masih belum mereda, diburukkan lagi dengan propaganda online, rangkaian penyokong di ruang siber dan rangkaian pengganas di peringkat global, menurut MHA.
Sesetengah remaja Singapura terpengaruh dengan fahaman pelampau berhaluan kanan yang semakin meningkat.
Remaja 17 tahun yang ditangani di bawah ISA sejak Disember 2024, mengagungkan ideologi berhaluan kanan.

Bahan-bahan pengganas berhaluan kanan, khususnya Brenton Tarrant yang melancarkan serangan ke atas Muslim di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand, mempengaruhi kesemua empat remaja.
ISD bekerjasama dengan agensi-agensi pemerintah lain serta rakan-rakan masyarakat untuk memperhebatkan usaha pendampingan bagi membanteras radikalisasi di sekolah-sekolah dan dalam kalangan orang awam, dengan meningkatkan kesedaran tentang ancaman fahaman pelampau berhaluan kanan.
Ini termasuk menarik perhatian kepada pelibatan orang bukan kulit putih dalam gerakan berhaluan kanan dan prinsip-prinsip utama ideologi ekstremis berhaluan kanan, serta memaklumkan orang ramai tentang simbol-simbol yang disalahgunakan oleh pelampau berhaluan kanan.
KEWASPADAAN, CAMPUR TANGAN AWAL PENTING
Proses menjadi radikal boleh berlaku dengan pantas.
Dalam kes remaja berusia 15 tahun itu, ia berlaku dalam masa beberapa minggu.
Lantaran itu, MHA menekankan betapa pentingnya untuk orang awam sentiasa berwaspada terhadap tanda-tanda yang menunjukkan seseorang di sekeliling kita mungkin sudah menjadi radikal dan segera mendapatkan bantuan pihak berkuasa.
"Bagi kedua-dua kes, remaja itu secara berasingan berkongsi pandangan dan bahan-bahan ekstremis dengan keluarga dan rakan-rakan, tetapi tiada seorang pun anggota keluarga yang mendapatkan bantuan untuk mereka.
"Anggota keluarga dan rakan-rakan adalah orang terbaik untuk mengesan perubahan pada tingkah laku dan bertindak pantas memaklumkan kepada pihak berkuasa jika mereka mengesyaki orang tersayang sudah menjadi radikal.
"Ini membolehkan individu yang disyaki menjadi radikal mendapat bantuan yang diperlukan, dan memastikan masyarakat selamat," tambah MHA.
TANDA-TANDA RADIKAL
Berikut antara tanda-tanda seseorang sudah menjadi radikal:
Sering melungsuri laman radikal;
Memuat naik/berkongsi pandangan ekstremis di platform media sosial, seperti menyuarakan sokongan/rasa kagum terhadap pengganas/kumpulan pengganas serta penggunaan keganasan;
Berkongsi pandangan ekstremis dengan rakan-rakan dan saudara-mara;
Membuat kenyataan yang menanam rasa benci terhadap seseorang dari kaum, agama atau masyarakat lain;
Menyuarakan niat untuk menyertai keganasan di luar negara atau di Singapura; dan /atau
Menghasut orang lain supaya menyertai tindakan ganas.
Jika anda mengetahui atau mengesyaki seseorang sudah menjadi radikal, segera hubungi talian Pusat Antipengganasan ISD 1800-2626-473

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.