Skip to main content

Singapura

17 penyedia jagaan kesihatan diberi tender tubuh pusat dan pasukan vaksinasi bergerak

17 vendor diberi tender bagi menubuhkan pusat-pusat vaksinasi dan pasukan vaksinasi bergerak.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Feb 2021 08:08PM Dikemas Kini : 18 Feb 2021 08:51PM

SINGAPURA: 17 vendor diberi tender bagi menubuhkan pusat-pusat vaksinasi dan pasukan vaksinasi bergerak.

Mereka termasuk Fullerton Healthcare, Raffles Medical dan SATA Commhealth.

Beberapa penyedia khidmat sedang dalam proses mengubah kelab-kelab masyarakat menjadi pusat vaksinasi, menjelang permulaan program vaksinasi untuk warga tua Isnin depan (22 Feb).

Mediacorp difahamkan setiap pusat vaksinasi akan menggunakan satu jenis vaksin yang diberikan Kementerian Kesihatan (MOH).

SATA Commhealth menang bidaan untuk mengendalikan dua pasukan vaksinasi bergerak.

Ia sudah memberikan suntikan vaksin kepada sekitar 400 penghuni beberapa rumah warga tua minggu ini.

Setiap pasukan punya keupayaan untuk memberikan suntikan vaksin kepada 150 orang setiap hari.

Sebilangan vendor yang dihubungi Mediacorp pula menyatakan mereka belum lagi dimaklumkan tentang bila, di mana serta jumlah pusat vaksinasi dan pasukan vaksinasi bergerak yang perlu mereka kerahkan.

Pusat-pusat vaksinasi dan pasukan bergerak akan ditubuhkan secara bertahap-tahap dan jumlahnya boleh berubah.

Setiap pusat boleh memberikan suntikan vaksin kepada 2,000 orang setiap hari.  

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita