Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

17 penjaja Queenstown kini saji hidangan lembut untuk pesakit disfagia

Mereka yang mempunyai masalah menelan makanan kini ada lebih banyak pilihan hidangan di pusat penjaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Oct 2021 07:54PM Dikemas Kini : 14 Oct 2021 08:58PM

SINGAPURA: Mereka yang mempunyai masalah menelan makanan kini ada lebih banyak pilihan hidangan di pusat penjaja.

Beberapa penjaja di kawasan Queenstown diajar cara menyediakan hidangan yang diolah bagi golongan pesakit sedemikian.

Langkah itu boleh membawa manfaat kepada sekitar 15 peratus penduduk warga emas.

Mereka yang menghidapi masalah disfagia atau sukar menelan, kini boleh menikmati makanan sedemikian dalam bentuk berbeza.

Hospital Alexandra menarik penyertaan 17 gerai penjaja di dua pusat makanan di Queenstown untuk mengolah hidangan jualan mereka.

Hospital itu mula melatih para penjaja pada Ogos lalu untuk menyediakan pesakit dengan pilihan makanan yang lebih sesuai.

Setiap tahun sekitar 350 pesakit Hospital Alexandra mengalami penyakit disfagia.

Ia melibatkan mereka yang mengalami penyakit angin ahmar, Parkinson's atau proses penuaan secara amnya.

Sejauh ini, para penjaja memberi respons yang positif meskipun perlu menyediakan hidangan sedemikian tanpa sebarang tambahan harga.

Terdapat juga rancangan untuk meluaskan daya usaha itu ke semua empat pusat penjaja lain di Queenstown, menjelang Mac tahun depan.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan