Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

17 pelanggan Burger & Lobster jatuh sakit, 4 masuk hospital

Anggaran Waktu Membaca:
17 pelanggan Burger & Lobster jatuh sakit, 4 masuk hospital

Keadaan lengang di sekitar Jewel Lapangan Terbang Changi pada hari pertama pembukaan semula pada 14 Jun 2021 (Gambar: Vanessa Lim)

SINGAPURA: Seramai 17 pelanggan jatuh sakit dan empat lagi dimasukkan ke hospital selepas melanggani cawangan Burger & Lobster di Jewel Lapangan Terbang Changi.

Daripada empat pelanggan yang dimasukkan ke hospital, salah seorang daripada mereka sudah dibenarkan pulang, manakala tiga yang lain dalam keadaan stabil.

Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan dalam satu kenyataan media bersama pada Isnin (16 Mei) bahawa kedua-dua pihak sedang menyiasat enam insiden gastroenteritis yang menjejas 17 pelanggan yang menjamu selera di restoran tersebut antara 7 dengan 15 Mei.

Menurut pihak berkuasa, baki kes sama ada mendapatkan rawatan pesakit luar, mengubati diri sendiri atau pulih tanpa sebarang rawatan.

Semua pengendali makanan yang bekerja di premis berkenaan dikehendaki menghadiri semula dan lulus Kursus Keselamatan Makanan Tahap 1 selain diuji negatif bagi patogen bawaan makanan sebelum mereka dibenarkan untuk menyambung semula tugas sebagai pengendali makanan.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan