Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

17 orang didenda S$114,500 jual e-pengewap, komponen berkaitan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 17 orang dikenakan denda berjumlah S$114,500 setelah didapati bersalah menjual secara haram pengewap elektronik serta komponen berkaitannya.

Lima daripada mereka yang disabit kesalahan dari  Februari hingga Ogos itu juga dihukum penjara antara 10 dengan 26 hari. 

Mereka berusia 20 hingga 39 tahun, dengan tiga pesalah berusia 21 tahun dan ke bawah diarah menjalani probesen.

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) merampas alat pengewap elektronik dan komponen berkaitan bernilai lebih S$170,000 yang dibeli dari luar negara dan kemudian dijual secara haram di sini melalui media sosial dan wadah-wadah e-dagang.

Menurut HSA 70 orang didakwa antara 2018 hingga 2021 kerana menjual e-pengewap dan komponen berkaitan.

Hukuman paling keras yang dikenakan setakat ini ialah denda S$99,000 kerana menjual barangan terlarang itu secara haram.

Dalam satu kes, seorang pesalah dikenakan hukuman penjara satu minggu dan denda S$61,000 kerana menjual e-pengewap dan komponen berkaitan.

HSA menyatakan pihaknya giat memantau ruang siber dan akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap  pesalah.

HSA juga bekerjasama rapat dengan Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk memantau dan menghentikan import haram e-pengewap dan komponen berkaitan.

Orang ramai diingatkan agar jangan membeli atau membawa e-pengewap dan komponen berkaitan ke Singapura. 

Dari 1 Februari 2018 hingga 31 Disember 2021, 6,842 orang ditangkap dan dikenakan tindakan kerana memiliki dan menggunakan e-pengewap dan komponen berkaitannya. 

Maklumat berkaitan larangan e-pengewap di Singapura boleh didapati di laman web HSA. 

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai import, pengedaran, penjualan atau tawaran untuk menjual e-pengewap secara haram boleh membuat laporan dengan menggunakan borang online di go.gov.sg/reporttobaccooffences. 

Selain itu, mereka boleh menghubungi Cawangan Peraturan Tembakau HSA di Tel: 6684 2036 atau 6684 2037 semasa waktu pejabat (9:00 pagi hingga 5:30 petang, Isnin hingga Jumaat).

Sumber : CNA/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan