Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

17 kes import COVID-19 dilaporkan di S'pura

17 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (19 Dis), demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
17 kes import COVID-19 dilaporkan di S'pura

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 19 Dec 2020 04:13PM Dikemas Kini : 19 Dec 2020 04:14PM

SINGAPURA: 17 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (19 Dis), demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Kesemuanya adalah kes import dan diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Tiada jangkitan baru ditemui dalam masyarakat dan di dormitori pekerja asing.

Sementara itu agensi-agensi pemerintah sudahpun menyatakan akan mempertingkat pemeriksaan penguatkuasaan langkah pengurusan selamat COVID-19 di cawangan-cawangan makanan dan minuman (F&B) mulai hujung minggu ini, demikian menurut Kementerian Kemapanan dan Sekitaran (MSE) pada Jumaat.

Jumlah pemeriksaan yang ditingkatkan, yang akan dilaksanakan selama beberapa minggu mendatang, adalah bagi memastikan kepatuhan kepada langkah pengurusan selamat COVID-19 semasa musim perayaan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan