Skip to main content

Singapura

17 cedera selepas 2 bas bertembung di pusat pertukaran Bukit Batok

Seramai 17 orang cedera selepas dua bas bertembung di pusat pertukaran bas Bukit Batok hari ini (11 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
17 cedera selepas 2 bas bertembung di pusat pertukaran Bukit Batok

Sebuah bas terbaring di sisinya akibat kesan pertembungan dengan bas lain. (Gambar-gambar: Singapore Roads accident.com/Facebook)

Diterbitkan : 11 Jul 2021 08:41PM Dikemas Kini : 11 Jul 2021 10:37PM

SINGAPURA: Seramai 17 orang cedera selepas dua bas bertembung di pusat pertukaran bas Bukit Batok hari ini (11 Jul).

Anggota Parlimen SMC Bukit Batok Murali Pillai mengesahkan berlakunya kemalangan tersebut dalam satu catatan Facebook pada lewat petang tadi selepas beberapa gambar nahas tersebut tersebar online.

Related article image

"Salah sebuah bas sedang memasuki pusat pertukaran itu sementara sebuah lagi sedang keluar. Kesan daripada pertembungan itu menyebabkan salah sebuah bas melanggar bebendul jalan dan jatuh ke sisinya," tulis Encik Murali.

Lima daripada 14 mangsa mengalami "kecederaan lebih teruk" tetapi tiada yang mengalami kecederaan mengancam nyawa, tambah beliau.

Siang tadi, satu catatan di laman Facebook tempatan menunjukkan sebuah bas Tower Transit terbaring di sisinya dengan serpihan-serpihan di sekelilingnya.

Related article image

Encik Murali mengucapkan terima kasih kepada SCDF atas "tindakan pantas": mereka sambil menambah insiden tersebut akan disiasat oleh pihak berkuasa.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita