17 buku kanak-kanak diklasifikasikan semula kerana liputi tajuk berkait kaum, agama dan seksualiti, kata NLB
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: NLB)
SINGAPURA: 17 buku kanak-kanak dipindahkan ke bahagian untuk golongan usia lebih dewasa sejak 2018 disebabkan tajuknya berkaitan kaum, agama dan seksualiti, kata Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) kepada Mediacorp pada Rabu (8 Feb).
Menteri Perhubungan dan Keterangan Josephine Teo dalam jawapan bertulis di parlimen pada Isnin (6 Feb), mengenai jumlah buku di perpustakaan yang tidak lagi dipinjamkan kepada awam oleh NLB dan sebabnya.
Cik Teo berkata NLB menerima 42 maklum balas daripada orang ramai sejak 2018, dan 17 buku kanak-kanak dipindahkan ke seksyen pembaca lebih dewasa.
"17 buku berkenaan merangkumi topik berkaitan kaum, agama dan LGBTQ," kata NLB menjawab soalan Mediacorp.
NLB melakukan penilaian terhadap tajuk-tajuk itu dengan Panel Perundingan Perpustakaan (LCP) agar sesuai untuk kumpulan usia lebih dewasa.
Namun, NLB tidak mendedahkan tajuk buku kanak-kanak yang disenaraikan semula.
NLB menambah, dasar koleksi bukunya berdasarkan garis panduan kandungan yang disediakan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), katanya.
"Meskipun NLB membawa masuk secara purata 86,000 buku baru setiap tahun untuk perpustakaan awam, ia akan terus memastikan koleksinya sesuai bagi setiap kumpulan usia, dan akan menyemak semula buku apabila mendapat maklum balas mengenainya."
"NLB juga berusaha untuk memastikan koleksinya sesuai buat kumpulan umur berbeza, selaras dengan norma sosial dan budaya semasa."
Cik Teo juga berkata pada Isnin (6 Feb) bahawa "label Bimbingan Ibu Bapa" akan ditunjukkan di rekod katalog perpustakaan dan ketika daftar keluar di stesen pinjaman.
Label "Bimbingan Ibu Bapa Disyorkan" juga akan ditunjukkan pada buku yang sudah disemak untuk "memberitahu pembaca mengenai kandungan sensitif".
"Apabila NLB menerima maklum balas dari orang awam mengenai buku-buku tertentu, ia mempunya proses untuk menyemak buku tersebut," kata Cik Teo.
Ia termasuk menggunakan kemahiran LCP, sebuah "jawatankuasa bebas berasaskan rakyat daripada pelbagai bahagian masyarakat" yang memberi cadangan kepada lembaga tersebut mengenai buku-buku yang menimbulkan kebimbangan orang awam, tambahnya.
Di antara 42 maklum balas oleh orang awam, satu buku dewasa diklasifikasikan semula dan dipindahkan ke bahagian rujukan, kata Cik Teo.
Beliau menambah bahawa 23 buku, termasuk buku buat kanak-kanak, dewasa muda, dan dewasa dinilai sesuai untuk kekal di koleksi asal.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.