17 agensi jayakan agihan daging korban Rangkaian Pemulihan MMO; bantu 127 keluarga
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 17 agensi, termasuk penyertaan baharu sebuah gereja, berganding bahu dalam inisiatif pengagihan daging korban anjuran Rangkaian Pemulihan MMO tahun ini.
Jumlah penyertaan itu adalah yang tertinggi sejak ia dimulakan tiga tahun lalu.
Seramai 127 keluarga yang terkesan akibat isu pemulihan dan penyalahgunaan dadah menerima pelbagai bentuk bantuan.
Antara yang diagihkan termasuk 2 hingga 3 kilogram daging korban, baucar, barangan keperluan harian, risalah program MENDAKI serta nota peribadi daripada Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
17 AGENSI SERTAI PENGAGIHAN DAGING KORBAN RANGKAIAN PEMULIHAN MMO
Program yang berlangsung di Masjid An-Nur pada Ahad (29 Jun) itu merupakan sebahagian daripada usaha tahunan untuk menyantuni keluarga yang terjejas akibat penyalahgunaan dadah dan isu berkaitan pemulihan.
Inisiatif bersama antara Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), dan pelbagai badan Melayu/Islam (MMO) itu dimulakan sejak tahun 2022.
Antara agensi yang terlibat termasuk Masjid An-nur, Persatuan Khidmat Sosial India Muslim (IMSSA), Persatuan Muhammadiyah, Yayasan Rahmantan Lil Alamin (RLAF), Perdaus, dan MENDAKI.
Ia bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama dan menggalakkan sokongan masyarakat terhadap pesalah, bekas pesalah serta keluarga mereka.

Dr Faishal menyifatkan peningkatan jumlah agensi yang terlibat tahun ini sebagai tanda kejayaan pendekatan inklusif yang semakin mendapat sambutan.
"Ekosistem sokongan dalam proses pemulihan dan juga integrasi para banduan dan sokongan bagi keluarga mereka semakin mantap dan kukuh. Bilangan organisasi juga meningkat pada tahun ini. 17 organisasi sama-sama memikul tanggungjawab ini untuk menyokong. Yang penting kita harus menggembleng tenaga dengan masyarakat. Para banduan dan keluarga mereka menyatakan mereka rasa mereka tidak keseorangan. Mereka tahu yang ada di kalangan kita, masyarakat kita yang mahu menolong dan ini meringankan beban mereka," ujarnya.
Menurut beliau, bantuan yang diberikan merangkumi sumbangan lain seperti baucar dan barangan keperluan.
"Walaupun kita memberi daging korban tetapi ada organisasi yang juga menyumbang. Menyumbang baucar, menyumbang benda-benda yang lain supaya dapat bersama-sama memberikan sokongan kepada para banduan dan keluarga mereka. Ini adalah satu pendekatan yang kita mahu meneruskan kerana selain daripada kerja-kerja baik pemerintah dan agensi-agensi lain, yang penting kita harus menggembleng tenaga dengan masyarakat," tegasnya.
Dr Faishal turut menyeru masyarakat agar terus berganding bahu membina masyarakat yang inklusif, penyayang, dan saling menjaga kebajikan sesama sendiri.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.