Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

160,000 pekerja sektor runcit bakal saksikan perubahan pekerjaan, kemahiran susuli peta transformasi pekerjaan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jun 2023 07:13PM Dikemas Kini : 02 Jun 2023 12:00AM
SINGAPURA: Sekitar 160,000 pekerja sektor runcit bakal menyaksikan pekerjaan atau kemahiran mereka diubah.

Ini menyusuli satu peta transformasi pekerjaan (JTM) baru yang memberi tumpuan kepada bidang-bidang penting yang perlu diubah dalam sektor berkenaan.

Ia juga menjadi rujukan bagi perniagaan untuk melatih pekerja menangani perubahan tersebut.

Latihan bagi pekerja sektor runcit melibatkan pembelajaran menggunakan teknologi dalam bidang seperti pengurusan inventori dan trend pelanggan.

Ini selaras dengan rancangan bagi sektor tersebut di bawah satu peta transformasi pekerjaan (JTM) yang baru.

Ia mengenal pasti perubahan penting seperti lebih banyak kaedah digital untuk menjual barangan serta perubahan dalam pilihan dan permintaan pengguna.

Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng menekankan bahawa untuk mengelak kesan terhadap hasil penjualan, para peruncit harus merebut peluang untuk berinovasi.

"Ada banyak peluang menarik pada masa depan. Kelas pertengahan adalah satu segmen yang sedang berkembang terutama sekali dalam rantau kami. Mereka menawarkan peluang dan pasaran yang belum diterokai bagi mereka yang berani menebarkan sayap ke luar negara.

"Perubahan dalam pilihan pengguna dan gaya hidup akan meningkatkan permintaan pengguna bagi produk dan perkhidmatan mampan dan lebih khusus," kata Dr Tan.

Bagi membantu peruncit menangani cabaran-cabaran berkenaan, JTM itu mengenal pasti ruang di mana pekerjaan boleh direka semula atau dicipta serta menyarankan bidang latihan bagi pekerja.

Bagi memastikan pekerja meraih kemahiran betul bagi industri tersebut, Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura dan rakan kerjanya akan bekerjasama dengan perniagaan untuk memenuhi keperluan masa depan mereka.
 
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan