16 syarikat tarik diri daripada Pertunjukan Udara S'pura 2020
Sebanyak 16 syarikat menarik diri daripada Pertunjukan Udara Singapura tahun ini, di tengah-tengah keprihatinan terhadap penularan virus korona Baru.
SINGAPURA: Sebanyak 16 syarikat menarik diri daripada Pertunjukan Udara Singapura tahun ini, di tengah-tengah keprihatinan terhadap penularan virus korona Baru.
Penganjurnya, Experia Events, menyatakan 10 daripadanya adalah dari China.
Menurutnya, syarikat-syarikat China itu mengundurkan diri daripada acara tersebut disebabkan langkah berjaga-jaga yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa Singapura dalam usaha membendung penularan virus itu.
Enam syarikat yang lain termasuk syarikat aeroangkasa Kanada, Bombardier dan dua syarikat pengeluar jet dari Amerika Syarikat.
Pasukan aerobatik tentera udara Korea Selatan, Black Eagles, juga mengesahkan bahawa ia akan menarik diri daripada acara tahun ini.
Satu sidang puncak penerbangan terbesar, yang dijadual diadakan sehari sebelum acara itu, turut dibatalkan.
Experia Events bagaimanapun tidak mempunyai rancangan untuk membatalkan Pertunjukan Udara Singapura, yang akan berlangsung dari 11 hingga 16 Februari di Pusat Pameran Changi.
Experia Events menambah bahawa ia akan melaksanakan langkah berjaga-jaga bagi melindungi kebajikan dan keselamatan semua pengunjung.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.