16 masjid utara SG anjur solat hajat demi keamanan Palestin

Gambar fail jemaah solat berjemaah di masjid Singapura. (Gambar: MUIS)
Solat hajat itu bagi "mendoakan kedamaian dan memohon perlindungan dan ketabahan" bagi Palestin dan Gaza.
Demikian menurut masjid-masjid Daerah Utara Singapura dalam catatan di media sosial masing-masing.
Masjid-masjid itu terdiri daripada:
- Abdul Hamid Kampung Pasiran
- Ahmad Ibrahim
- Al-Istiqamah
- Alkaff Upper Serangoon
- Al-Muttaqin
- An-Nahdhah
- An-Nur
- Assyafaah
- Darul Makmur
- En-Naeem
- Haji Yusof
- Hajjah Rahimabi Kebun Limau
- Muhajirin
- Omar Salmah
- Petempatan Melayu Sembawang
- Yusof Ishak
Antara jemaah yang melaksanakan solat hajat di Masjid Ahmad Ibrahim ialah Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Selain untuk para penduduk Palestin dan Gaza, beliau juga menzahirkan doa untuk warga Singapura.
Dalam catatan Facebooknya, beliau berkata: "Saya juga mendoakan agar rakyat Singapura terus teguh bersatu, bersatu padu dan mengukuhkan hubungan masyarakat kita bersama."
Pada Oktober 2023, masjid-masjid di Singapura turut mengadakan solat hajat bagi keamanan dan kesejahteraan di Palestin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.