Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

16 karyawan dilantik sebagai ketua; penolong ketua Rangkaian Karyawan MENDAKI

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 16 karyawan yang mewakili sembilan sektor industri berkembang telah dilantik sebagai ketua dan penolong ketua rangkaian Rangkaian Karyawan Yayasan MENDAKI.

Pelantikan mereka itu diumumkan di acara #MakingConnections 2024 yang diadakan di Dusit Thani Singapore pada Sabtu (27 Jul).

Acara tahunan sejak 2022 itu adalah salah satu acara Kempen Raikan Ilmu yang melabuhkan tirainya esok.

Bermula dengan 30 karyawan dua tahun lalu, Rangkaian Karyawan Yayasan MENDAKI telah berkembang dengan pesat dan kini disertai lebih 600 karyawan muda.

Buat masa ini 11 daripada 13 rangkaian telah ditubuhkan.

Ia meliputi pelbagai bidang seperti kemampanan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan awam ditubuhkan.

"Kami berharap dapat juga menarik karyawan bersama agar mereka juga dapat menyumbang kepada masyarakat, program MENDAKI dan bergiat sebagai mentor ataupun sebagai sukarelawan supaya dapat membantu generasi akan datang supaya mereka dapat memupuk minat dalam pelbagai kerjaya," kata Timbalan Pengerusi Yayasan MENDAKI, Zaqy Mohamad kepada wartawan Syawal Yusoff.

KARYAWAN LEBIH DIPERKASA UNTUK BANTU MASYARAKAT CAPAI ASPIRASI

Salah seorang yang dilantik sebagai ketua Rangkaian Karyawan, Perbankan dan Kewangan ialah Cik Sainava Bee Bee yang mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam sektor insurans dan kewangan.

"Visi saya ialah untuk bergabung sama dengan ahli-ahli karyawan lain di sektor saya supaya kami dapat bergabung sama dan membuat satu impak yang positif kepada masyarakat kita. Saya ingin membawa masuk lebih ramai orang Melayu Islam ke sektor perbankan. Kerana saya melihat ia adalah sektor yang semakin berkembang dan terdapat banyak peluang untuk mereka belajar dan juga mencipta produk yang inovatif yang juga akan memberi manfaat kepada masyarakat dan manusia keseluruhannya," kata Cik Bee Bee yang juga Ketua dalam bahagian Pembahagian Takaful di syarikat Etiqa Insurance Pte Ltd.

Para pemimpin sepertinya akan menubuhkan jawatankuasa masing-masing untuk mendampingi para karyawan baharu serta menggalak para pelajar untuk menceburi industri mereka.

Ketua Rangkaian Karyawan, Sains Hayat, Dr Muhammad Nadjad Abdul Rahim berharap dapat membantu masyarakat untuk meneroka dan mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.

"Kami akan melihat peluang untuk pelbagai sektor masyarakat Melayu/Islam kami dalam sains hayat yang sebenarnya membolehkan mereka melakukan yang lebih baik jika mereka memilih untuk kekal dalam industri ini dan dengan melakukan itu, kami akan melihat jurang atau peluang tertentu yang mungkin tidak tersedia," kata Dr Nadjad yang juga seorang Pengarah di Jabatan Operasi dan Pembangunan Produk di Cellbae Pte Ltd.

Edisi ke-tiga #MakingConnections itu dihadiri sekitar 400 karyawan dari berbilang sektor.

Para peserta turut itu membincangkan tentang peluang dan cabaran ekonomi serta tenaga kerja masa hadapan.

Sesi perbincangan lebih sejam itu disertai penceramah undangan, Ketua Pegawai Teknologi, Grab, Encik Suthen Thomas.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan