Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

153 tempat cas EV tersedia di 50 tempat letak kereta serata SG

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Oct 2022 06:29PM Dikemas Kini : 29 Oct 2022 11:14PM

SINGAPURA: 153 tempat mengecas baru bagi kenderaan elektrik (EV) sudahpun siap dipasang di sekitar 50 tempat letak kereta di serata Singapura.

Sekitar 70 peratus daripadanya terletak di estet-estet perumahan awam HDB.

Ini merupakan hasil tender pertama pemerintah untuk prasarana mengecas EV, yang diberikan kepada syarikat Charge+ tahun lalu.

Tempat-tempat mengecas EV yang baru itu tersedia di pelbagai kondominium serta estet-estet HDB seperti Ang Mo Kio, Sengkang, Yishun dan Woodlands.

Namun, stesen di tempat letak kereta di Punggol merupakan tempat mengecas paling popular yang dipasang Charge+ di serata pulau.

Semasa melancarkannya pada awal Sabtu (29 Okt), Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Pasir Ris-Punggol, Dr Janil Puthucheary, berharap lebih banyak tempat mengecas EV dapat disediakan di setiap tempat letak kereta pada masa depan.

"Jelas bahawa menyediakan tempat mengecas berhampiran rumah mereka di tempat letak kereta HDB sering berada di benak mereka dan ia sesuatu yang akan mendorong keputusan mereka untuk beralih kepada kenderaan elektrik," kata Dr Puthucheary. 

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan