Skip to main content

Singapura

153 amaran tegas dikeluarkan dalam sehari, langgar arahan ketat putus rantaian COVID-19

Sebanyak 153 amaran tegas dikeluarkan pada Khamis (9 Apr) kepada orang ramai dan perniagaan tidak penting kerana tidak mematuhi langkah-langkah jarak selamat yang dipertingkat.

Anggaran Waktu Membaca:
153 amaran tegas dikeluarkan dalam sehari, langgar arahan ketat putus rantaian COVID-19

(Gambar: MEWR)

Diterbitkan : 09 Apr 2020 11:47PM Dikemas Kini : 10 Apr 2020 12:01AM

SINGAPURA: Sebanyak 153 amaran tegas dikeluarkan pada Khamis (9 Apr) kepada orang ramai dan perniagaan tidak penting kerana tidak mematuhi langkah-langkah jarak selamat yang dipertingkat.

Ini bermakna secara keseluruhannya 158 amaran tegas dikeluarkan sejak 7 April, apabila negara melaksanakan langkah pemutus jangkitan COVID-19.

Bagi sebilangan kes, bantuan polis diperlukan di mana "orang awam tidak bekerjasama apabila disuruh bersurai".

Hal tersebut didedahkan Kementerian Sekitaran dan Sumber Air dalam kenyataan medianya hari ini.
Menurutnya lagi, daripada 153 amaran yang dikeluarkan hari ini, 150 adalah kedai tidak penting yang masih dibuka di estet-estet perumahan HDB. Kedai-kedai tersebut kemudian diarahkan tutup.

Sebagai sebahagian daripada usaha pemutus rantaian jangkitan yang diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat lalu, semua premis kerja yang tidak penting harus ditutup.

Menurut MEWR pada Khamis, sebanyak 7,000 kedai tidak penting di estet-estet perumahan ditutup sejak 7 April.

HDB dan Majlis-Majlis Bandaran juga sudah mengepung 20,000 taman permainan, gelanggang permainan dan tempat duduk di ruang terbuka serta kolong blok sebagai sebahagian usaha mengurangkan tempat bagi orang ramai berhimpun di tempat-tempat awam.

720 taman permainan dan ruang riadah serta lapan tempat memancing di kawasan di bawah pengurusan NParks juga ditutup.

Menurut MEWR lagi, langkah mengawal orang ramai akan dilaksanakan menjelang 10 April, di 40 pasar popular yang lazimnya menarik ramai orang. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita