Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15,000 penganut dibenarkan di Kuil Sri Thendayuthapani bagi upacara Thaipusam

Sekitar 9,000 penganut Hindu yang meraikan Thaipusam hadir di Kuil Sri Thendayuthapani siang tadi (18 Jan) untuk upacara Thaipusam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2022 06:45PM Dikemas Kini : 18 Jan 2022 10:02PM

SINGAPURA: Sekitar 9,000 penganut Hindu yang meraikan Thaipusam hadir di Kuil Sri Thendayuthapani siang tadi (18 Jan) untuk upacara Thaipusam.

Kuil itu sudah memperuntukkan 15,000 tiket masuk bagi acara tahun ini.

Ini satu kenaikan berbanding 10,000 tiket tahun lalu.

Para penganut Hindu memakai baju berwarna terang tiba sejak awal pagi tadi.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat turut mengunjungi kuil itu untuk mengambil bahagian dalam perayaan.

Buat tahun kedua, tiada acara berjalan beramai-ramai mengangkat Kavadi.

Langkah-langkah pengurusan selamat juga dipertingkatkan.

Hanya mereka yang sudah lengkap divaksin dibenarkan masuk kuil.

Sekitar 720 orang dibenarkan masuk setiap jam.

Kesemua relawan juga mesti mengambil ujian pantas antigen (ART).

Menurut para kakitangan kuil ini, meskipun lebih ramai orang dibenarkan hadir tahun ini, segalanya berjalan dengan lancar.

Sumber : CNA/NA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan