15,000 kakitangan Sentosa bakal dilatih dalam pelancongan hijau dan kesejahteraan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: iStock
SINGAPURA: Sedang para pelancong lebih prihatin tentang alam sekitar dan cuba untuk mengurangkan jejak karbon mereka, Sentosa meningkatkan kemahiran kakitangannya untuk memenuhi trend pelancongan.
Encik Samion Ong, seorang pengurus acara di pulau peranginan itu, berkata pelanggan meminta lebih banyak pendekatan mampan.
Untuk menasihatkan pelanggan dengan lebih baik, pengurus akaun yang bertanggungjawab atas China dan Asia Utara itu mendaftar kursus meningkatkan kemahiran dalam reka bentuk dan kemampanan, atas nasihat majikannya.
KURSUS BAHARU UNTUK KAKITANGAN SENTOSA
Kursus sedemikian yang menumpukan kepada kemampanan serta yang lain seperti pelancongan kesejahteraan dan perkhidmatan pelanggan dipertingkat, bakal ditawarkan kepada semua kakitangan Sentosa sebagai sebahagian daripada usaha baharu untuk meningkatkan daya tarikan pulau tersebut bagi pelancong.
Perjanjian baharu yang dimeterai antara Sentosa Development Corporation dan penyedia latihan NTUC LearningHub pada Khamis (4 Jul), bertujuan untuk meluaskan keupayaan kakitangan.
Kira-kira 15,000 pekerja akan mendapat akses kepada program peningkatan kemahiran itu dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Perjanjian tersebut disokong oleh Resorts World Sentosa (RWS), di mana tenaga kerjanya merangkumi 70 peratus pekerja di pulau itu.
Seorang jurucakap Sentosa Development Corporation berkata jumlah pelawat ke pulau itu meningkat, mencecah 15 juta pada 2023, iaitu peningkatan 20 peratus dari 2022.
MENGUKUHKAN TENAGA KERJA
Satu lagi perjanjian dimeterai antara Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan NTUC LearningHub, dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran individu di dalam industri lebih luas seperti kemampanan dan teknologi.
Di bawah kerjasama tiga tahun itu, Sentosa dipilih sebagai perintis bagi rancangan STB untuk mengukuhkan tenaga kerja masa hadapan.
Para pekerja di Sentosa membentuk kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja pelancongan Singapura, yang meletakkannya dalam kedudukan yang baik untuk menerajui usaha industri tersebut untuk melengkapkan pekerja dengan kemahiran bagi masa depan.
Ketika bercakap di majlis pemeteraian perjanjian itu, Menteri Negara bagi Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan berkata, perjanjian untuk meningkatkan kemahiran kakitangan di Sentosa dan seluruh industri pelancongan membolehkan Singapura terus menarik pengunjung.
Beliau menambah bahawa STB akan berusaha untuk membangunkan sokongan yang diperlukan supaya kursus sedemikian layak bagi pembiayaan SkillsFuture.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.