1,500 pusat hiburan malam diperiksa, 103 orang diberkas
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: SPF
SINGAPURA: Seramai 103 orang ditangkap dalam pemeriksaan yang dijalankan ke atas 1,543 pusat hiburan malam, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Isnin (27 Jun).
Operasi penguatkuasaan itu dijalankan antara 19 April dengan 14 Jun tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan penyambungan semula perniagaan hiburan malam di Singapura berjalan dengan selamat, tambah SPF.
Pemeriksaan tersebut dijalankan bersama dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Enterprise Singapore, Agensi Makanan Singapura (SFA), Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Perbadanan Pembangunan Sentosa serta Perbadanan JTC.
SPF memberkas 71 lelaki dan 32 wanita berusia 16 hingga 52 tahun atas pelbagai kesalahan seperti menjadi anggota kumpulan kongsi gelap, membawa senjata serangan di tempat awam, menimbulkan gangguan semasa mabuk dan bekerja tampa ada permit pekerjaan yang sah.
27 daripada wanita itu ditangkap di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing (EFMA)
kerana bekerja di pusat-pusat hiburan malam sebagai pelayan bebas dengan memberikan layanan kepada pelanggan dan mengambil minuman keras tanpa permit kerja yang sah.
Wanita berusia antara 24 dengan 53 tahun itu terdiri daripada warganegara Thailand, China dan Vietnam, menurut SPF.
48 pusat hiburan awam dan hiburan malam berlesen dan tidak berlesen didapati melanggar beberapa peraturan.
Tujuh daripadanya didapati melanggar peraturan COVID-19 termasuk gagal mengurangkan interaksi fisikal antara pelanggan dan pekerja.
Beberapa pusat hiburan itu juga tidak memastikan pelanggan mereka memakai pelitup ketika berada di dalam bangunan.
Empat arahan tutup kedai dan enam denda sebanyak S$1,000 dikeluarkan bagi setiap pusat hiburan kerana melanggar langkah-langkah pengurusan selamat.
Kesalahan bagi menyediakan hiburan awam tanpa lesen yang sah boleh didenda sehingga S$20,000.
Kesalahan tidak mematuhi langkah jarak selamat di bawah peraturan COVID-19 (Langkah Sementara) (Arahan Kawalan Pembukaan Semula) 2022, ialah penjara sehingga enam bulan, denda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya.
"Polis dan agensi-agensi akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan di pusat hiburan awam untuk membendung kegiatan haram," menurut SPF.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.