Skip to main content

Singapura

1,500 penjaga bakal terima latihan percuma urus tekanan, bina daya tahan

Sekurang-kurangnya 1,500 penjaga akan mempelajari cara mengurus tekanan dengan lebih baik dan membina daya tahan menerusi latihan penjagaan percuma yang dilancarkan Palang Merah Singapura (SRC).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Oct 2026 11:18PM Dikemas Kini : 05 Nov 2026 10:51PM
1,500 caregivers to receive free training to manage stress and build resilience
  • The Singapore Red Cross has launched a free caregiving course targeting at least 1,500 caregivers, as Singaporeans live longer and the number of caregivers is expected to rise.
  • Launched by Senior Parliamentary Secretary for Social and Family Development Eric Chua at the Ageing Forum, the course helps participants understand caregivers’ roles and identify and manage emotional stress.
  • Participants also learn how to handle common challenges and strengthen their resilience in carrying out caregiving responsibilities.
  • The forum discussed contributions, caregiving and community, including how stronger support for caregivers can help older people age well, stay connected and contribute to society.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 1,500 penjaga akan mempelajari cara mengurus tekanan dengan lebih baik dan membina daya tahan menerusi latihan penjagaan percuma yang dilancarkan Palang Merah Singapura (SRC).

Kursus 'Kesejahteraan untuk Penjaga' itu bertujuan membantu para peserta memahami dengan lebih baik peranan mereka sebagai penjaga.

Ia juga akan membantu mereka mengenal pasti tekanan emosi dan mengurus tekanan yang dihadapi ketika menjalankan tanggungjawab penjagaan.

Para peserta akan turut dilengkapi dengan kemahiran untuk menangani cabaran-cabaran biasa serta mengukuhkan daya tahan.

Inisiatif itu dilaksanakan sedang rakyat Singapura hidup lebih lama dan lebih ramai orang dijangka memainkan peranan sebagai penjaga.

SOKONG PENJAGA, BANTU WARGA EMAS MENUA DENGAN BAIK

Latihan tersebut dilancarkan Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Eric Chua semasa Forum Lanjut Usia.

Forum itu membincangkan peluang dan cabaran yang dihadapi masyarakat lampau usia.

Perbincangan tersebut juga memberi tumpuan kepada tiga bidang utama, iaitu sumbangan, penjagaan dan masyarakat.

Ia turut membincangkan bagaimana sokongan lebih kukuh kepada para penjaga dapat membantu warga emas menua dengan baik, kekal terhubung dan terus menyumbang kepada masyarakat.

Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita