Skip to main content

Singapura

1,500 pelajar daerah Barat Daya akan terima bimbingan dalam pelajaran

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Sep 2025 07:46PM Dikemas Kini : 13 Sep 2025 10:20PM
SINGAPURA: Sekitar 1,500 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan di daerah Barat Daya akan menerima lebih banyak bantuan dalam mata pelajaran seperti Inggeris dan Matematik menerusi sebuah wadah pembelajaran AI.

Murid-murid peringkat sekolah rendah atas boleh mendapatkan bimbingan pada bila-bila masa berdasarkan tabiat, rentak pembelajaran serta keperluan mereka.

Mereka juga boleh menghampiri para relawan di tempat-tempat seperti kelab masyarakat sekiranya memerlukan lebih banyak bimbingan.

Majlis Pembangunan Masyarakat Barat Daya berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi seperti Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) untuk menyediakan program itu.

Menteri Pendidikan Desmond Lee berkata, SUSS akan menjalankan sebuah kajian untuk meneliti hasil program tersebut, peranan para relawan dan juga amalan-amalan terbaik.

Dapatan itu juga akan digunakan untuk memperhalusi program tersebut bagi memberikan kesan berterusan pada jangka panjang.

Encik Lee berkata: "AI boleh buka pelbagai kemungkinan baharu - membantu golongan muda kita untuk belajar lebih mendalam dan teroka lebih meluas.

"Namun, jika direnung, apa yang benar-benar membentuk mereka adalah para mentor, guru dan sukarelawan - yang membimbing perkembangan serta memupuk sikap ingin tahu mereka."
 
Sumber : CNA/FZ
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita