1,500 pekerja hijrahan solat Aidilfitri di Pusat Rekreasi Tuas South
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Ada yang berjalan kaki, berbasikal atau menaiki bas yang disediakan untuk mengerjakan solat Aidilfitri di Pusat Rekreasi Tuas South pagi tadi (22 Apr).
Pusat di Tuas South Street 12 itu merupakan salah satu daripada empat pusat rekreasi bagi pekerja hijrahan yang menganjurkan solat Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) turut bekerjasama dengan lebih 50 dormitori untuk menganjurkan solat Hari Raya untuk lebih 32,000 pekerja hijrahan.
Ini termasuk menyediakan imam untuk memimpin solat dan menyampaikan khutbah dalam bahasa ibunda para pekerja tersebut.
Para pekerja hijrahan juga boleh ke mana-mana masjid atau ke 12 masjid yang menyediakan sesi solat untuk mereka.
Eksekutif Ejen Pengurusan Pusat Rekreasi Tuas South Encik Zainudin Salin berkata pusat itu boleh menempatkan sehingga 3,000 jemaah bagi solat Aidilfitri.
"Pada tahun lalu, seramai 3,000 pekerja hijrahan menunaikan solat Aidilfitri di sini. Pada tahun lepas kami menggunakan dua dewan serbaguna untuk menampung jemaah yang ramai itu.
Bagi tahun ini, kami rancang untuk adakan dua sesi tetapi kami batalkan kerana ia tidak diperlukan," kata Encik Zainudin.

Antara sebabnya adalah para pekerja boleh juga menunaikan solat Aidilfitri secara berjemaah di dormitori masing-masing atau ke lokasi lain seperti masjid-masjid.
Terdapat empat dormitori besar di Tuas South seperti CDPL, Semcorp, Tuas View dan PUB yang berhampiran dan kesemuanya menganjurkan sesi solat Hari Raya kali ini.
Namun seorang pekerja dari Bangladesh Akash Ahmed memilih untuk bersolat di Pusat Rekreasi Tuas South.
"Saya lebih suka bersolat di sini berbanding di dormitori saya kerana bilangan jemaah yang datang lebih ramai dan suasananya juga lebih meriah.
Mohamed Alam pula berkata Masjid Assyakirin terletak terlalu jauh dari dormitori.
"Saya perlu menaik dua bas serta MRT dan masa perjalanan untuk ke sana agak jauh dan mengambil kira-kira satu setengah jam. Saya juga ke sini untuk solat Jumaat.
Semasa Ramadan, pusat itu turut menganjurkan sesi iftar dan solat tarawih bagi pekerja hijrahan itu setiap minggu.

Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.