150 umat Islam SG namakan WMS sebagai penerima sejak Ogos 2024
Anggaran Waktu Membaca:
Kompleks Wakaf Bencoolen. (Gambar fail: MUIS)
- Seramai 150 umat Islam di Singapura telah menamakan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) sebagai penerima sejak pelancarannya pada Ogos 2024.
- Pemangku Menteri Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkongsi maklumat ini dalam jawapan bertulis kepada soalan Anggota Parlimen Abdul Muhaimin Abdul Malik pada 13 Januari.
- WMS diwujudkan sebagai dana pembiayaan jangka panjang untuk memenuhi keperluan sosial dan keagamaan masyarakat Islam di Singapura.
- Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menjalankan usaha pendampingan, kerjasama dengan institusi keagamaan dan korporat, serta menggalakkan sumbangan melalui acara utama masyarakat.
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 150 umat Islam di Singapura menamakan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) sebagai penerima sejak ia dilancarkan pada Ogos tahun lalu.
Ia boleh dilakukan menerusi wasiat, penamaan Tabung Simpanan Pekerja (CPF), atau polisi insurans masing-masing.
Butiran tersebut didedahkan oleh Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Muhammad Faishal Ibrahim dalam jawapan bertulis beliau kepada soalan yang dikemukakan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) Abdul Muhaimin Abdul Malik pada Selasa (13 Jan).
Encik Muhaimin bertanya mengenai jumlah anggota masyarakat Islam yang menyertakan WMS dalam wasiat mereka atau menamakannya sebagai penerima menerusi penamaan CPF atau insurans.
Beliau juga bertanya tentang usaha pemerintah bagi memastikan semua segmen masyarakat Islam memahami dan dapat menyumbang kepada dana tersebut.
Dr Faishal turut menarik perhatian bahawa WMS yang dilancarkan pada Ogos 2024 mewujudkan sumber pembiayaan jangka panjang yang mampan untuk memenuhi keperluan sosial dan keagamaan masyarakat Islam di Singapura.
Menurut beliau, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menjalankan usaha pendampingan yang menyeluruh untuk meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai WMS, di samping menggalakkan penyertaan dan sumbangan kepada dana tersebut.
Usaha itu termasuk kerjasama dengan institusi-institusi keagamaan dan korporat bagi memperluaskan saluran sumbangan kepada WMS, serta menggalakkan pelibatan masyarakat melalui acara-acara utama seperti bulan Ramadan, musim haji dan Ma'al Hijrah.
"Langkah-langkah ini memastikan semua lapisan masyarakat memahami betapa pentingnya WMS dan supaya mereka dapat menyumbang mengikut kemampuan masing-masing," tambah Dr Faishal.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.