150 pemimpin kesatuan, rakan tiga pihak & pekerja contoh diiktiraf sempena Anugerah Hari Buruh NTUC 2022
SINGAPURA: Pertubuhan-pertubuhan dan para pemimpin kesatuan yang bertungkus lumus sepanjang pandemik, adalah antara mereka yang mendapat pengiktirafan semasa penyampaian Anugerah Hari Buruh NTUC tahun ini.
Ini atas sumbangan mereka kepada gerakan buruh sungguhpun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.
Majlis penyampaian anugerah tersebut diadakan secara fizikal buat pertama kali sejak permulaan pandemik.
Hampir seramai 150 pemimpin kesatuan, rakan-rakan tiga pihak dan pekerja diiktiraf.
Ini termasuk 16 anugerah peringkat tinggi.
Antara penerimanya adalah mendiang Richard Magnus, mantan Pengerusi Majlis Pengangkutan Awam atas usahanya meningkatkan mutu kehidupan kakitangan pengangkutan awam.
Anugerah tertinggi disampaikan kepada Bob Tan, anggota Lembaga Pengurusan NTUC Club.
Kepakaran Encik Tan dalam kewangan dan kejuruteraan memainkan peranan kritikal bagi NTUC Club mencapai kejayaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.