150 pegawai berbilang agensi sertai latihan uruskan tumpahan kimia
150 pegawai dari 20 agensi mengambil bahagian dalam latihan tumpahan bahan kimia hari ini (24 Okt).
SINGAPURA: 150 pegawai dari 20 agensi mengambil bahagian dalam latihan tumpahan bahan kimia hari ini (24 Okt).
Latihan itu bagi menguji tahap kesediaan dan keupayaan Singapura untuk bertindak jika insiden sedemikian berlaku di laut.
Senario tersebut melibatkan perlanggaran dua kapal yang mengakibatkan 500 tan bahan kimia tumpah ke dalam laut.
Agensi-agensi yang terlibat dikerahkan lengkap dengan pakaian pelindung kimia dan alat pengesan kimia bagi menangani insiden tersebut.
Mereka yang berada di atas kapal-kapal tersebut juga diselamatkan dan dipindahkan ke bot-bot penyelamat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.