150 kumpul dalam acara berbasikal sebar mesej ‘Dadah Itu Haram’
Anggaran Waktu Membaca:
Antara peserta yang menyertai acara kayuhan santai anjuran Masjid Hasanah (Gambar: CNB)
SINGAPURA: Lebih 150 peserta menyertai acara kayuhan santai anjuran Masjid Hasanah pada Sabtu pagi (28 Jun), yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan memperkukuh mesej antidadah dalam kalangan masyarakat.
Dinamakan "Harapan Hasanah Family Cycling Expedition with DIH & Masjid Hang Jebat", acara itu dijalankan dengan sokongan kempen Dadah Itu Haram dan kerjasama Masjid Hang Jebat.
Program itu mempunyai dua bahagian.
Bahagian pertama berlangsung pada Jumaat (27 Jun), melibatkan kayuhan malam merentas 18 buah masjid di kawasan selatan Singapura.
Seramai 100 peserta mengambil bahagian dalam kayuhan jarak jauh itu yang berlangsung sepanjang malam.
Bahagian kedua pula diadakan pada keesokan harinya, Sabtu (28 Jun), dengan tumpuan kepada kayuhan jarak pendek yang meliputi dua masjid terakhir.
Ia turut disertai oleh peserta kayuhan malam serta penyertaan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 150 orang.

Kayuhan bermula seawal 8.00 pagi dari Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, dengan para peserta lengkap mengenakan topi keledar dan menunggang basikal masing-masing dalam suasana ceria dan penuh semangat kekeluargaan.
Turut hadir menyokong acara tersebut ialah Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim.
Beliau mengambil kesempatan untuk menekankan pentingnya usaha berterusan dalam mendidik masyarakat, terutamanya golongan muda, mengenai bahaya dadah.

"Setiap usaha itu penting kerana kita tahu dadah itu memusnahkan. Jadi sama-sama kita berjaga-jaga diri kita, sanak-saudara, ibu bapa kita dan masyarakat kita
"Ini adalah satu contoh kita bersatu hati dalam usaha yang bermakna. Ini menunjukkan masjid-masjid kita sebagai contoh - bukan sahaja tempat untuk beribadah tetapi satu wadah bagi kita untuk memberikan bimbingan dalam kehidupan kita," ujar Dr Faishal.
PERANAN MASJID SEBAGAI WADAH KOMUNITI
Pegawai Dakwah Masjid Hasanah, Ustaz Fazli Naim, berkata kerjasama antara masjid dan pihak kempen Dadah Itu Haram adalah sebahagian daripada usaha kolektif untuk membina masyarakat yang lebih sihat dan berdaya tahan.
"Kolaborasi ini dapat menguatkan usaha kita. memberitahu kepada masyarakat bahawa masjid sebagai sebuah institusi masyarakat juga menyokong menyebarkan mesej anti dadah dan menjadi wadah atau platform pendekatan kepada masyarakat untuk peningkatan ilmu, kerohanian, aktiviti sosial serta sukarelawan dan sebagainya."
Menurut beliau, aktiviti berbasikal bersifat inklusif dan mudah disertai oleh pelbagai lapisan umur.
"Kami berpendapat bahawa aktiviti berbasikal ini merupakan yang paling sesuai kerana mudah diminati oleh semua golongan, muda, berusia, pengalaman atau tidak. Ia tidak berat, dapat menggerakkan otot-otot untuk kesihatan, dapat berpeluh di luar di bawah matahari, menyedut udara sihat, meluaskan pemandangan dan sebagainya.
"Berbasikal juga dapat melapangkan minda dengan meraih pengalaman baru apabila kita ke satu destinasi hingga ke satu destinasi yang lain. Selain itu, ia juga merupakan aktiviti sosial yang sihat kerana para peserta dapat bertemu kawan-kawan dan merapatkan silaturrahim serta dapat mengeratkan ukhuwah bersama golongan belia, anak-anak, pasangan dan keluarga."
Ini merupakan kali kedua Masjid Hasanah menganjurkan acara sebegitu.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.