Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

150 keluarga sertai bengkel DQ; pupuk pengguna siber berhemah

Memperkasakan anak anda dengan kecerdasan digital (DQ). Inilah yang menjadi harapan sekitar 150 keluarga yang menyertai bengkel DQ yang diadakan secara percuma siang tadi (19 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Memperkasakan anak anda dengan kecerdasan digital (DQ). Inilah yang menjadi harapan sekitar 150 keluarga yang menyertai bengkel DQ yang diadakan secara percuma siang tadi (19 Mei).

Dianjurkan bersama Majlis Celik Media (MLC), DQ Institut dan Yayasan MENDAKI, ia bermatlamat untuk membangunkan pengguna siber yang lebih bertanggungjawab, selain menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam proses ini.

Ini adalah bengkel DQ pertama yang dikendalikan dalam bahasa Melayu sejak ia dilancarkan awal tahun ini sempena Kempen Internet Lebih Baik.

(Gambar-gambar: BERITAMediacorp/Ruzaini Rashid)

PERBEZAAN ANTARA DQ DENGAN IQ / EQ?

DQ atau Digital Quotient merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang perlu ada pada individu sebagai pengguna alam siber.

Sekitar 150 keluarga berpeluang belajar dengan lebih mendalam tentang perkara itu melalui bengkel yang diadakan hari ini.

Selain membantu ibu bapa mendidik anak-anak mereka tentang penggunaan Internet, bengkel ini juga menekankan peri pentingnya peranan ibu bapa dalam pembangunan positif anak-anak.

Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia Zaqy Mohamad berkata: "Di sini saya juga rasa, dengan membantu ibu bapa yang mungkin tidak tahu akan risiko ini ataupun kemajuan dalam teknologi, kita boleh membantu mereka mengenal pasti risiko-risiko tersebut dan juga membimbing anak mereka. Ini memberikan mereka kemahiran dan bagaimana kita dapat membimbing anak-anak kita."

Bengkel itu juga dilihat sebagai satu langkah awal dalam menyediakan dan memaklumkan ibu bapa tentang cabaran-cabaran yang bakal mereka hadapi dalam mempersiapkan anak-anak supaya celik Internet.

PERSIAPAN KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

"Anak-anak membesar dalam zaman digital, jadi ibu bapa juga sebagai salah satu daripada kemahiran atau parenting skill, ialah menangani masalah-masalah yang mereka atau anak-anak mereka sendiri hadapi bila melayari laman Internet ini.

"Jadi workshop ini bertujuan untuk mempersiapkan ibu bapa untuk menangani masalah yang bakal mereka, atau anak-anak mereka atau keluarga mereka hadapi bila mereka layari laman Internet," kata pelatih bengkel itu Encik Jamali Natijol.

Seorang peserta bengkel itu, Encik Md Amir Abdul berkata: "Bengkel ini, pertama sekali, amat berguna untuk kita. Banyak yang kita belajar, pasal bagaimana hendak kawal penggunaan telefon bijak anak-anak. Sangat berguna lah, pasal ini bengkel."

Bengkel yang diadakan hari ini adalah sebahagian daripada acara kendalian MENDAKI, Projek JOY 2018.

Dianggarkan bengkel DQ ini akan memanfaatkan sekitar 500 keluarga yang juga merupakan penerima bantuan MENDAKI.

Satu lagi sesi akan diadakan pada minggu depan dan bengkel itu juga akan diperluaskan kepada bahasa-bahasa ibunda lain. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan