15 tikus belanda ditinggalkan dalam beg penghantaran makanan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seekor tikus belanda mati selepas ditinggalkan di tepi jalan bersama 14 yang lain dalam dua beg penghantaran makanan tahan panas. Kes itu sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan penguatkuasaan.
Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) memuat naik kejadian itu dalam satu catatan di Instagram pada Isnin (13 Mac).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, SPCA menyatakan pihaknya menerima laporan daripada seorang pemanggil pada pukul 3.27 petang, 9 Feb yang melihat sesuatu yang luar biasa di dalam beg tersebut di 67 Sungei Tengah Road.
Pemanggil itu memberitahu SPCA: "Saya memeriksa beg itu kerana ternampak sesuatu yang berbulu dan terkejut melihat muka seekor tikus belanda merenung saya."
Apabila pegawai penyelamat haiwan SPCA tiba di tempat kejadian, mereka mendapati 15 ekor tikus belanda dibiarkan basah kuyup dalam hujan yang berlaku sebelum itu dan terdedah di bawah terik matahari.
Pengarah eksekutif SPCA,Cik Aarthi Sankar berkata: "Seekor tikus belanda itu didapati sudah mati di bawah beg dengan lalat mengelilinginya."
Baki 14 lagi tikus belanda dibawa ke Klinik Haiwan Masyarakat SPCA untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan, tambah Cik Sankar.
SPCA mengucapkan terima kasih kepada pemanggil itu - yang turut menemui dua lagi tikus belanda pada keesokan harinya pada 10 Feb dengan mengatakan haiwan itu mungkin tidak dapat hidup jika dibiarkan tanpa makanan, air dan tempat tinggal yang sesuai.
Lapan daripada tikus belanda itu sedang dipelihara oleh kakitangan SPCA dan sukarelawan sehingga ia sedia diambil untuk dibela, manakala lapan lagi berada dalam jagaan Guinea Pig Rescue Singapore, kata Cik Sankar.
"Haiwan itu ditinggalkan tanpa makanan dan minuman, diletakkan dalam risiko dilanggar kenderaan, serangan haiwan liar, dan terdedah kepada keadaan cuaca yang teruk," tambahnya.
Beberapa orang yang memberikan komen pada catatan Instagram SPCA itu berkata hukuman lebih berat harus dikenakan ke atas pendera haiwan untuk menangani isu kekejaman tehadap haiwan.
Cik Sankar berkata: “Kami berasa amat sedih dan terganggu dengan kejadian ini. Jika anda tidak dapat menjaga haiwan kesayangan anda atas sebab peribadi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mencarinya tempat tinggal yang selamat.”
SPCA menambah, kes mengabaikan haiwan peliharaan semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakan ini, terutama yang membabitkan mamalia lebih kecil seperti arnab dan hamster.
“Haiwan ini tidak dipasang cip mikro, jadi ia boleh menjadi satu cabaran untuk menentukan sama ada haiwan itu hilang atau ditinggalkan.
“Pemilik dan penjaga haiwan peliharaan digesa agar memahami bahawa membela haiwan peliharaan adalah komitmen seumur hidup dan mereka bertanggungjawab terhadap kebajikan haiwan tersebut,” kata Cik Sankar.
SPCA menyatakan kejadian itu dimuat naik di Instagram kira-kira sebulan selepas ia dimaklumkan kerana pihaknya mahu memastikan keadaan kesihatan tikus belanda itu stabil.
Di bawah Akta Haiwan dan Burung, sesiapa yang didapati bersalah membuang haiwan peliharaan boleh didenda sehingga S$10,000 atau dipenjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.
SPCA tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan di bawah Akta tersebut dan kes serius yang memerlukan tindakan lanjut dirujuk kepada Perkhidmatan Haiwan & Veterinar (AVS) atau polis.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, AVS menyatakan bahawa ia telah dimaklumkan mengenai kes 17 tikus belanda yang didakwa ditinggalkan.
Pengarah kumpulannya Jessica Kwok berkata: "AVS memandang serius tentang haiwan peliharaan yang diabai dan siasatan sedang dijalankan.
"Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini atau mana-mana kes haiwan peliharaan yang disyaki terbiar boleh menghubungi AVS melalui laman webnya di www.avs.gov.sg/feedback atau menghubungi Pusat Tindak Balas Haiwan di 1800-476-1600."
Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan bantuan daripada kumpulan kebajikan haiwan seperti SPCA atau layari www.spca.org.sg/services/rehoming jika mereka memerlukan bantuan berkaitan haiwan peliharaan mereka.

Sumber : CNA/SU/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.