Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15 terbunuh pesawat terhempas di kawasan perumahan Pakistan

Sebuah pesawat tentera Pakistan yang sedang menjalankan latihan penerbangan terhempas di kawasan ramai penduduk di bandar Rawalpindi dan membunuh kesemua lima anak kapal dan 10 orang awam. 

Anggaran Waktu Membaca:
15 terbunuh pesawat terhempas di kawasan perumahan Pakistan

Antara mangsa korban nahas pesawat ialah 10 orang awam. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Jul 2019 11:14AM Dikemas Kini : 30 Jul 2019 11:17AM

RAWALPINDI: Sebuah pesawat tentera Pakistan yang sedang menjalankan latihan penerbangan terhempas di kawasan ramai penduduk di bandar Rawalpindi dan membunuh kesemua lima anak kapal dan 10 orang awam. Demikian menurut satu kenyataan dari tentera Pakistan pada Selasa (28 Jul).

12 lagi orang awam dilaporkan cedera akibat kemalangan itu yang mencetuskan kebakaran di bandar tersebut. Pasukan menyelamat tiba di tempat kejadian dan memadamkan kebakaran itu, menurut kenyataan tersebut.

"Sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan perumahan. Kami sudah menjumpai 15 mayat, termasuk 10 orang awam dan lima anak kapal," menurut jurucakap menyelamat Encik Farooq Butt.

Menurut seorang wartawan AFP di tempat kejadian, asap masih kelihatan keluar dari bangkai pesawat dan memusnahkan rumah-rumah, manakala serpihan-serpihan pesawat itu boleh dilihat di sebuah bumbung berdekatan.

Para pegawai tentera mengepung tempat kejadian itu sementara para penduduk tempatan berdiri untuk melihat keadaan seketika dan beberapa orang turut menangis.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan