Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15 syarikat dilarang ambil pekerja hijrahan semasa tempoh tahap keselamatan dipertingkat, dedah MOM

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 15 syarikat dilarang daripada menggajikan para pekerja hijrahan bagi tempoh sehingga tiga bulan semasa tahap keselamatan dipertingkatkan bagi menangani peningkatan pada jumlah kematian di tempat kerja, dedah Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng pada Isnin (6 Feb).

Kelemahan-kelemahan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) dikesan menyusuli kematian atau kecederaan serius di tempat kerja masing-masing semasa tahap keselamatan yang dipertingkatkan dikuatkuasakan pada September 2022.

Ia dikuatkuasakan sehingga hujung bulan Februari dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang menimbangkan untuk melanjutkan tempoh penguatkuasaannya.

Ketua pegawai eksekutif bagi kesemua 15 syarikat itu dikehendaki "bertanggungjawab" kepada MOM bagi melaksanakan langkah-langkah pembetulan, kata Dr Tan dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan yang diajukan di Parlimen tentang keselamatan di tempat kerja.

Sejauh ini, MOM sudah mengeluarkan lebih 760 saman dan 48 arahan berhenti kerja kepada syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab.

Jumlah kematian di tempat kerja pada 2022 adalah sebanyak 46, tertinggi sejak 2016 di mana 66 kematian dilaporkan.

Pada 2021, 37 kematian di tempat kerja dicatatkan. Sebanyak 30 kematian dilaporkan pada 2020 dan 39 kematian pada 2019.

Kadar kematian pada 2022 adalah 1.3 bagi setiap 100,000 pekerja berbanding 1.1 bagi setiap 100,000 pekerja pada 2021 dan 2019.

"Secara keseluruhannya, langkah-langkah (tempoh keselamatan yang dipertingkatkan) membantu mengurangkan jumlah kematian di tempat kerja," kata Dr Tan.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan