15 sekolah rendah akan tawar modul lanjutan setelah SG mansuh Program Pendidikan Kanak-Kanak Cerdas
Mulai tahun depan, 15 sekolah akan menawarkan modul lanjutan di bawah pendekatan baharu bagi menyokong para pelajar berkebolehan lebih tinggi, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa (3 Mac).
Anggaran Waktu Membaca:
- Kementerian Pendidikan Singapura memperkenalkan modul lanjutan di 15 sekolah rendah bermula tahun depan untuk pelajar berkebolehan tinggi.
- Modul ini menggantikan Program Pendidikan Kanak-Kanak Cerdas (GEP) dan membolehkan lebih ramai murid menyertai tanpa perlu berpindah sekolah.
- Murid boleh memilih modul mengikut kekuatan dan minat, dengan sesi mingguan selepas waktu sekolah serta modul antara disiplin semasa cuti.
- Pihak sekolah dan guru terlatih akan mencalonkan murid, dengan penilaian berasaskan satu peringkat dan pemerhatian sekolah untuk memastikan pemilihan yang adil.
SINGAPURA: Mulai tahun depan, 15 sekolah akan menawarkan modul lanjutan di bawah pendekatan baharu bagi menyokong para pelajar berkebolehan lebih tinggi, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa (3 Mac).
Sekolah-sekolah itu adalah Sekolah Rendah Ahmad Ibrahim, Sekolah Rendah Clementi, Sekolah Geylang Methodist, Sekolah Rendah Innova, Sekolah Rendah Jurong West, Sekolah Kheng Cheng, Sekolah Rendah Palm View, Sekolah Rendah Pioneer, Sekolah Rendah Punggol View, Sekolah Rendah Queenstown, Sekolah Rendah St Gabriel, Sekolah Rendah Tampines, Sekolah Rendah Teck Ghee, Sekolah Rendah Yew Tee dan Sekolah Rendah Yu Neng.
Kesemua sekolah itu dipilih untuk memastikan tebaran geografi yang baik dan mudah diakses melalui pengangkutan awam, menurut MOE, sambil menambah senarai itu akan disemak secara berkala.
Ini menyusuli pengumuman Perdana Menteri Lawrence Wong pada 2024 untuk memansuhkan Program Pendidikan Kanak-Kanak Cerdas (GEP) dalam bentuknya sekarang.
Di bawah pendekatan baharu itu, lebih ramai murid - atau kira-kira 10 peratus daripada kohort murid - akan mendapat akses kepada program-program berasaskan sekolah untuk golongan murid tersebut, yang sudah pun ditawarkan di semua sekolah rendah.
Para murid yang mungkin meraih manfaat daripada pembangunan lanjut kemudian boleh memilih untuk menghadiri modul tambahan selepas waktu sekolah di salah satu daripada 15 pusat yang ditetapkan.
Tidak seperti GEP, modul-modul itu tidak dikaitkan dengan kurikulum nasional, menurut MOE.
Para murid juga tidak lagi perlu berpindah ke salah satu daripada sembilan sekolah rendah yang buat masa ini menawarkan GEP.
Kesemua sembilan sekolah itu akan berhenti menjadi pusat GEP, dan guru-guru dengan pengalaman GEP sama ada boleh mengajar modul lanjutan berasaskan pusat atau kekal di sekolah masing-masing.
JUMLAH MURID LEBIH BESAR
15 pusat itu akan menawarkan dua jenis modul lanjutan: sesi mingguan dua jam selepas waktu sekolah semasa tempoh penggal persekolahan dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik atau Sains, serta modul antara disiplin yang diadakan pada waktu cuti sekolah.
Kelas-kelas akan diajar oleh guru terlatih khas yang berpengalaman membimbing murid-murid berkebolehan lebih tinggi dalam domain tertentu. Guru-guru itu tidak akan diambil dari sekolah rendah yang menghoskan pusat itu.
Memandangkan modul-modul itu diadakan bagi menampung keperluan murid-murid yang mempunyai kekuatan dan kelebihan dalam domain tertentu, lebih ramai murid akan layak untuk mengambilnya - setidak-tidaknya seganda berbanding kohort GEP sekarang, menurut MOE.
Pengambilan modul-modul itu tidak diwajibkan memandangkan para murid mungkin mempunyai komitmen atau minat lain, dan para murid boleh keluar dan memasuki semula program tersebut.
Pihak sekolah digalakkan untuk mencalonkan murid-murid dengan kekuatan dalam pelbagai bidang untuk hanya satu mata pelajaran bagi setiap penggal.
Modul itu bukan bertujuan untuk memberikan para murid kelebihan dalam peperiksaan, tegas Menteri Pendidikan Desmond Lee di parlimen pada Selasa (3 Mac) semasa membentangkan peruntukan belanjawan bagi kementeriannya pada tahun ini.
"Sebaliknya, ia direka sedemikian rupa untuk memupuk sikap ingin tahu, merangsang kreativiti dan pemikiran kritis."
Pendekatan baharu itu menandakan peralihan daripada proses pemilihan GEP sedia ada, di mana para murid perlu melakukan sebaik mungkin dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains melalui proses dua peringkat.
Di bawah sistem baharu itu, para murid tidak perlu cemerlang dalam semua bidang untuk menyertainya.
Seorang murid mungkin cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris tetapi tidak begitu cemerlang dalam subjek Matematik, sebagai contoh, dan dia tetap akan diterima untuk menyertai program Bahasa Inggeris berkebolehan tinggi di sekolahnya.
Murid Darjah 3 tahun ini akan menjadi kumpulan pertama yang akan dinilai di bawah urusan pengenalpastian satu peringkat yang diseragamkan pada Ogos ini, yang akan dilengkapi dengan pemerhatian berasaskan sekolah – seperti sikap murid terhadap pembelajaran dan potensi – menggunakan garis panduan dan senarai semak yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan (MOE).
Pada tahun-tahun berikutnya, pihak sekolah juga boleh mencalonkan murid Darjah 4 dan Darjah 5 bagi program-program berasaskan sekolah dan modul lanjutan.

Sumber : Today/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.