Skip to main content

Singapura

15 perkhidmatan bas baharu bakal dilancar pada 2025

Lima belas perkhidmatan bas baharu akan dilancarkan tahun ini, sekali gus menyediakan keterhubungan lebih baik buat para penumpang di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Apr 2025 09:17PM Dikemas Kini : 07 Apr 2025 10:08PM
SINGAPURA: Lima belas perkhidmatan bas baharu akan dilancarkan tahun ini, sekali gus menyediakan keterhubungan lebih baik buat para penumpang di Singapura.

Ia merupakan penambahan kepada 11 perkhidmatan bas yang diperkenalkan sejak Julai tahun lalu untuk menghubungkan kawasan-kawasan seperti Woodlands, Punggol dan Tengah.

Pelbagai perkhidmatan bas sedia ada juga akan melalui peningkatan seperti perjalanan yang ditambah dan semakan pada laluan perjalanan.

Peningkatan itu dibuat menyusuli rundingan dengan para penasihat akar umbi dan pemimpin masyarakat.

Dua khidmat bas yang bakal dilancarkan pada lewat April akan menghubungkan kawasan Tampines North dengan Tampines South serta Whampoa dengan stesen MRT Novena.

Menjelang Jun, sebuah bas tambahan juga akan menghubungkan Kim Keat Avenue dengan stesen MRT dan Pusat Pertukaran Bas Toa Payoh.

Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat, yang juga merupakan Anggota Parlimen Bishan-Toa Payoh, memuat naik satu catatan di Facebook mengenai khidmat bas tambahan, 230M.

Menurut beliau, ia akan meningkatkan lagi keterhubungan dan kemudahan bagi penumpang, khususnya warga emas, keluarga muda dengan anak-anak dan mereka yang sukar bergerak.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita