Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15 penerima lalu Anugerah MENDAKI sertai sesi pendampingan sulung

MENDAKI mengadakan sesi pendampingan sulung bersama 15 penerima lalu Anugerah MENDAKI pada Jumaat malam (26 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: MENDAKI mengadakan sesi pendampingan sulung bersama 15 penerima lalu Anugerah MENDAKI pada Jumaat malam (26 Mac).

Sesi tersebut dihoskan oleh Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Tenaga Manusia Zaqy Mohamad.

Ia turut dihadiri oleh Anggota Parlimen Dilantik Dr Shahira Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan MENDAKI Zuraidah Abdullah.

Dalam ucapannya, Encik Zaqy yang merupakan Timbalan Pengerusi Yayasan MENDAKI menarik perhatian kepada kemajuan yang dicapai oleh masyarakat dan peranan penting para belia dalam memastikan perkembangan berterusan dalam masyarakat.

Beliau juga menekankan kepentingan pembangunan keperibadian diri.

"Ia penting bagi kita mendakap pembelajaran sepanjang hayat untuk mengukuhkan dan menimba set kemahiran baru supaya dapat bersama-sama mengharungi cabaran di masa hadapan dan merebut peluang untuk kekal relevan," katanya.

(Gambar: Yayasan MENDAKI)

Sehubungan itu, beliau juga menggalakkan para peserta supaya memanfaatkan insiatif-insiatif Siap Sedia untuk Masa Depan kelolaan MENDAKI yang tertumpu terhadap persediaan bagi alam pekerjaan yang tidak menentu.

Walaupun perkembangan peribadi adalah penting, Encik Zaqy juga mengingatkan para peserta tentang kepentingan berbakti dan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Menukil contoh para mentor belia yang bukan sahaja memberi inspirasi kepada belia dan pelajar lain, beliau menekankan bagaimana usaha membantu penduduk sedemikian dapat membawa kesan kepada orang lain.

Justeru, beliau menggalakkan para peserta supaya menyokong usaha-usaha kendalian MENDAKI dengan menjadi sukarela dalam pelbagai program.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan