Skip to main content

Singapura

15 orang disiasat jual, beli cip kasino di MBS

Anggaran Waktu Membaca:
15 orang disiasat jual, beli cip kasino di MBS

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 09 Feb 2024 12:33PM
SINGAPURA: Lapan lelaki dan tujuh wanita sedang disiasat kerana didakwa membeli dan menjual cip kasino di Marina Bay Sands (MBS), serta kesalahan lain termasuk aktiviti pertukaran wang asing dan penghantaran wang tanpa lesen di premis itu.

Mereka berusia antara 28 dengan 49 tahun, dedah polis dalam kenyataan media pada Jumaat (9 Feb), Sembilan daripada 15 individu tersebut diberkas untuk membantu siasatan polis.

Operasi penguatkuasaan pelbagai agensi di Kasino Marina Bay Sands pada 5 dan 6 Februari itu juga menyaksikan para pegawai merampas cip kasino, wang tunai dan telefon bimbit bernilai lebih S$140,000 (AS$103,900).

"Siasatan awal mendedahkan bahawa 15 individu di kasino tersebut menerima atau menawarkan khidmat tidak berlesen yang termasuk pertukaran, penghantaran mata wang asing dan membeli atau menjual cip kasino kepada pelanggan kasino," dedah polis.

Mereka yang didapati bersalah menjalankan perniagaan menawarkan khidmat pembayaran tanpa lesen boleh dijatuhkan hukuman denda sehingga S$125,000, dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

Mereka yang menggunakan cip kasino bagi sebarang tujuan selain daripada bermain permainan atau memberi tip di pekarangan kasino yang dikendalikan, boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga setahun, atau kedua-duanya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita