15 kontena terhumban ke dalam laut di Terminal Keppel dek angin kencang: MPA
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/ [at] sg.incidents)
SINGAPURA: Lebih 12 kontena terhumban ke dalam laut di Terminal Keppel pada Khamis (1 Dis) disebabkan angin yang bertiup kencang.
Demikian menurut Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada Jumaat (2 Dis).
Penguasa pelabuhan tersebut menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan sekitar pukul 3.00 petang bahawa 15 kontena kosong "terhumban dari dermaga ke dalam laut" akibat angin kencang disebabkan badai yang melanda.
Dua kapal peronda dikerahkan oleh MPA untuk "memantau dan mengepung kawasan yang terjejas" bagi memudahkan kerja-kerja pemulihan oleh PSA Corporation.
Semua pergerakan kapal di sekitar Terminal Keppel sudahpun disekat oleh Pusat Kawalan Operasi Pelabuhan sehingga kontena-kontena itu ditemui, menurut MPA.
Beberapa rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan dua buah kontena berwarna merah yang terapung. Salah satu kontena dilihat terapung bersebelahan bot tunda Marin PSA, 'Noble Jade'.
Buat masa ini, tiada laporan mengenai sebarang kecederaan mahupun kesan serta-merta terhadap operasi pelabuhan, tambah MPA.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.