Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15 kes dera pegawai barisan hadapan SCDF dilaporkan sejak Jan 2023

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 15 kes penderaan terhadap pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dilaporkan sejak Januari tahun ini, menurut pasukan itu dalam satu catatan Facebook pada Khamis (1 Jun).

Catatan itu turut berkongsi dua kejadian di mana pegawainya didera.

Kejadian pertama berlaku pada 12 Februari di Hougang Avenue 3.

Sedang paramedik sedang membantu seorang pesakit lelaki di kolong blok, apabila dia enggan memberi kerjasama dan mula melontarkan kata-kata kesat.

Lelaki itu juga bertindak ganas dan menampar muka paramedik tersebut sedang pegawai itu cuba menenangkannya. Dia juga menendang paramedik itu beberapa kali sebelum diberkas polis.

Lelaki itu dihukum penjara 14 minggu kerana menggunakan kekerasan jenayah ke atas pegawai awam.

Kes kedua pula berlaku pada 15 Mac.

Seorang paramedik sedang menilai seorang pesakit lelaki di pusat beli-belah Kallang Wave apabila lelaki itu menjadi ganas dan menolak paramedik itu ke dinding. Dia kemudian diberkas oleh polis dan dikenakan hukuman penjara enam minggu.

Menurut SCDF, pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap sesiapa pun yang menganiaya pegawainya dalam bentuk fisikal mahu pun kata-kata kesat.

"Setiap panggilan kecemasan adalah penting buat kami dankami akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada anda.

"Bagaimanapun, penderaan fizikal atau secara lisan menghalang responden kecemasan kami daripada menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin," kata SCDF dalam catatannya di Facebook itu.

SCDF mengingatkan orang ramai supaya bersikap baik hati dan menyokong responden kecemasan dalam tugas mereka untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda.
Sumber : BERITA Mediacorp/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan