Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15 keluarga berjiran himpun di koridor sambut kemeriahan bulan Syawal bersama

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Sempena permulaan sambutan bulan Syawal pada malam Raya ini (2 Mei), masyarakat Melayu/Islam setempat sibuk membuat persiapan-persiapan terakhir masing-masing.

Ada yang masih memasang lampu lap-lip di tingkap-tingkap rumah, ada pula yang masih memasak lauk-pauk Hari Raya.

Bagi 15 keluarga Melayu/Islam berjiran di Woodlands, mereka sudah merasakan kemeriahan bulan Syawal bersama.

<p>Gambar: Hakim Irwan</p>

15 KELUARGA BERJIRAN SAMBUT RAYA BERSAMA

Sekitar 50 orang daripada 15 keluarga Melayu/Islam yang tinggal di tingkat 6, Blok 693D Woodlands Ave 6 boleh dikatakan antara kumpulan jiran yang sangat rapat dengan satu sama lain.

Pada malam terakhir bulan Ramadan, mereka berkumpul di sepanjang koridor rumah-rumah mereka untuk menyambut ketibaan bulan Syawal.

Kanak-kanak sibuk bermain bunga api manakala ibu bapa pula menghidangkan juadah berbuka di atas meja.

Menariknya, keluarga-keluarga itu memasak sendiri juadah-juadah Hari Raya seperti Ayam Masak Merah, Sambal Goreng serta ketupat untuk dikongsi dengan satu sama lain.

Kemeriahan lebih terasa tahun ini dengan lebih banyak sekatan dilonggarkan.

<p>Gambar: Hakim Irwan</p>

Encik Abdul Wahab, 65 tahun yang dikenali sebagai 'Tok Penghulu' rumah-rumah di sana berkata: "Sambutan Hari Raya tahun ini lebih baik tahun ini. Tahun ini banyak sekali, bebas. Boleh berbuka dengan jiran dan keluarga bersama, dan semangatnya pun sangat dirasakan."

Semangat kejiranan juga begitu terserlah sekali dengan kumpulan jiran tetangga itu turut berkongsi lauk-pauk bersama keluarga bukan Muslim di blok itu.

Sejak permulaan bulan Ramadan juga, kumpulan jiran tetangga itu berganding bahu untuk menghiasi sepanjang koridor dengan deretan lampu lap-lip.

"Pemasangan lampu lap-lip kali ini pun berbeza sekali. Kalau dua tahun lalu hanya dua tiga rumah sahaja yang memasang lampu lap-lip, tetapi tahun ini, lampu lap-lip untuk semua 15 unit keluarga kita pasang lampu lap-lip," jelas Encik Abdul Wahab.

Dalam pada itu, dek pelonggaran beberapa langkah-langkah pengurusan selamat, Encik Abdul Wahab juga bersyukur akan menerima kunjungan keluarga besarnya tahun ini.

"Kunjungan tahun ini pun akan berbeza. Jangan cakap antara jiran sahaja, saya yang keluarga besar ini sekarang cucu-cicit semua sudah boleh datang. Kalau dulu, dengan anak-anak sekali pun tidak boleh datang.," kata Encik Abdul Wahab.

Sambutan Hari Raya keluarga-keluarga berjiran itu pula lebih diceriakan lagi dengan sambutan hari lahir cucu 'Tok Penghulu'.

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan