1.5 juta rakyat SG terima bayaran tunai Baucar GST pada Ogos
Anggaran Waktu Membaca:
Latar langit Singapura pada 27 Jan 2023. (Gambar fail: Reuters/Caroline Chia)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Lebih 1.5 juta rakyat Singapura akan menerima bayaran tunai sehingga S$850 sebagai sebahagian daripada skim Baucar GST (GSTV) bulan depan, menurut Kementerian Kewangan pada Isnin (7 Jul).
Had pendapatan boleh nilai untuk GSTV – bayaran tunai juga akan dinaikkan daripada S$34,000 kepada S$39,000 "memandangkan pendapatan rakyat Singapura berpendapatan rendah dan sederhana sudah meningkat", menurut MOF dalam kenyataan media.
Ini akan "mengekalkan liputan skim tersebut", tambah kementerian itu.
Pada masa yang sama, kira-kira 690,000 warga emas Singapura yang layak juga akan menerima sehingga S$450 dalam tokokan MediSave sebagai sebahagian daripada GSTV – MediSave.
Penerima yang layak akan secara automatik menerima bayaran mereka mulai 6 Ogos jika mereka sudah mendaftar untuk GSTV – Tunai dan GSTV – MediSave sebelum ini. Mereka akan dimaklumkan melalui SMS atau surat apabila bayaran mereka sudah dikreditkan.
Sejumlah S$1.5 bilion akan diagihkan dalam pusingan GSTV ini, menurut MOF.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.