Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15 jatuh sakit dengan simptom gastroenteritis selepas makan makanan perniagaan dari rumah

15 orang jatuh sakit dengan simptom gastroenteritis selepas makan makanan yang dijual oleh perniagaan dari rumah, The Peachy Sugarmaker, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat (13 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
15 jatuh sakit dengan simptom gastroenteritis selepas makan makanan perniagaan dari rumah

(Gambar: Facebook/The Peachy Sugarmaker)

Diterbitkan : 14 Aug 2021 08:14AM Dikemas Kini : 14 Aug 2021 08:15AM

SINGAPURA: 15 orang jatuh sakit dengan simptom gastroenteritis selepas makan makanan yang dijual oleh perniagaan dari rumah, The Peachy Sugarmaker, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat (13 Ogos).

Sembilan daripada mereka dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.

The Peachy Sugarmaker adalah perniagaan biskut dan pastri dari rumah.

15 orang yang jatuh sakit itu makan makanan yang disediakan The Peachy Sugarmaker pada 5 Ogos dan 7 Ogos.

Memandangkan "disyaki berlaku penularan berterusan" gastroenteris, syarikat itu dilarang mengedar dan menjual makanan mulai Jumaat (13 Ogos) sehingga diberitahu kelak, menurut MOH dan SFA.

"Keselamatan makanan merupakan tanggungjawab bersama. SFA ingin mengingatkan para pengendali makanan termasuk perniagaan dari rumah supaya memastikan amalan kebersihan makanan dan diri yang baik pada setiap waktu," menurut mereka dalam satu kenyataan.

Tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa yang melanggar Akta Penjualan Makanan atau Akta Kesihatan Awam Sekitaran, menurut kedua-dua agensi berkenaan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan