Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15 firma S'pura meterai perjanjian jalin kerjasama dengan firma lain di Guangdong

Sebanyak 15 firma Singapura menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dengan firma-firma lain di bandar Guangdong, China dalam pelbagai bidang dari teknologi dan inovasi kepada logistik dan kemampanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Aug 2020 08:31PM Dikemas Kini : 31 Aug 2020 08:40PM

SINGAPURA: Sebanyak 15 firma Singapura menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dengan firma-firma lain di bandar Guangdong, China dalam pelbagai bidang dari teknologi dan inovasi kepada logistik dan kemampanan.

Perjanjian itu dicapai di bawah Majlis Kerjasama Singapura-Guangdong (SGCC) yang bertujuan menggalak kerjasama perniagaan antara kedua-dua pihak.

Perjanjian-perjanjian itu dibincangkan di mesyuarat SGCC yang ke-11, yang dipengerusikan bersama Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung.

Encik Ong berkata kerjasama itu akan mewujudkan peluang-peluang baru bagi Singapura kerana bandar tersebut dilihat sebagai perintis dalam transformasi ekonomi di China.

Encik Ong juga mengenalpasti beberapa bidang untuk memperkukuhkan kerjasama termasuk kerjasama kewangan bagi pelaburan kewangan dalam projek-projek mampan serta teknologi kewangan, pertukaran bakat dan penerbangan.

Beliau menambah, perjanjian tersebut menunjukkan keyakinan para peniaga Singapura terhadap prospek pertumbuhan di China meskipun di tengah-tengah pandemik. 

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan