Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15 dimasukkan ke hospital ekoran wabak gastroenteritis di 4 pusat Sparkletots PCF

Pihak berkuasa sedang menyiasat wabak radang perut dan usus, atau gastroenteritis, di empat pusat Prasekolah Sparkletots kendalian PCF, yang menyebabkan 15 orang dimasukkan ke hospital.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Mar 2019 11:15AM Dikemas Kini : 28 Mar 2019 06:55AM

SINGAPURA: Pihak berkuasa sedang menyiasat wabak radang perut dan usus, atau gastroenteritis, di empat pusat Prasekolah Sparkletots kendalian PCF, yang menyebabkan 15 orang dimasukkan ke hospital.

Enam daripada mereka sudah dibenarkan pulang ke rumah, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) hari ini (27 Mac).

Sehingga Selasa (26 Mac), sebanyak 109 kes gastroenteritis dikesan daripada hidangan makanan yang disiapkan oleh Kate's Catering.

Pihak berkuasa sudah menjalankan pemeriksaan di premis syarikat khidmat katering itu di KA Food Link di 171 Kampong Ampat pada 22 Mac, selepas "dimaklumkan tentang kelompok jangkitan pertama".

Menurut kenyataan itu, lebih banyak kelompok dilaporkan pada Isnin (25 Mac). NEA sudah mengarahkan syarikat khidmat katering itu supaya menggantungkan operasinya berkuat kuasa semalam (26 Mac) sementera agensi-agensi menjalankan siasatan.

Para pengendali makanan juga perlu menjalani ujian najis, dan sampel makanan serta sekitaran diambil untuk ujian, menurut kenyataan itu lagi.

Satu notis di laman NEA menyatakan bahawa para pengendali makanan yang bekerja di premis syarikat yang digantung khidmatnya "perlu menjalani semula dan lulus Kursus Asas Kebersihan Makanan sebelum pekerja itu boleh meneruskan tugas sebagai pengendali makanan."

Selain itu, "Pegawai Kebersihan Makanan yang ditugaskan di premis syarikat yang digantung operasinya perlu menjalani semula dan lulus Kursus Pegawai Kebersihan Makanan sebelum pegawai tersebut boleh meneruskan tugas sebagai seorang Pegawai Kebersihan Makanan".

Pada bulan lalu, dua wabak keracunan makanan di dua prasekolah dikaitkan dengan makanan yang disiapkan oleh syarikat khidmat katering.

Dalam salah satu insiden, seramai 14 kanak-kanak di bawah jagaan Pusat Prasekolah Sparkletots di Blok 45 Toa Payoh jatuh sakit selepas mereka mengambil makanan yang disiapkan oleh sebuah syarikat katering.

Pada 27 Februari pula, pihak berkuasa melaporkan mengenai wabak gastroenteritis yang menjejas seramai 30 kanak-kanak dan seorang kakitangan sekolah di prasekolah Mindchamps di Tanglin. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan