Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15 daripada 100 individu dengan COVID-19 di S'pura pernah dijangkiti sebelum ini

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 15 daripada 100 individu yang pernah menjangkiti COVID-19 dijangkiti sekali lagi, dan satu lagi gelombang mungkin akan melanda jika bilangan itu terus meningkat.

Memberikan perangkaan tersebut pada Isnin malam (10 Okt), Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata kemungkinan berlaku gelombang besar bergantung kepada kadar jangkitan semula.

"Setakat ini, kadar jangkitan semula adalah sekitar 15 peratus, bermakna daripada 100 orang yang dijangkiti, 15 daripada mereka menjangkiti COVID-19 buat kali kedua. Jika anda mula melihat 50 peratus menjangkitinya buat kali kedua, anda akan berdepan dengan satu lagi gelombang," kata Encik Ong di Siri Speaker Ceramah Awam Presiden Kolej Yale-NUS.

Lebih 4,000 kes dilaporkan pada Ahad dan Isnin. Jumlah kes juga mungkin naik seganda hari ini, menurut Encik Ong.

"Anda mungkin akan menyaksikan 9,000, 10,000 kes, biasanya ia seganda berbanding hari sebelumnya. Jadi hospital akan semakin sibuk, pekerja jagaan kesihatan akan berdepan dengan tekanan dan kita perlu menyokong mereka sebanyak mungkin. Namun kita harus cuba yang terbaik dengan peraturan sedia ada (bagi) mengharunginya," jelas beliau.

Jumlah kes biasanya meningkat mendadak pada Selasa, didorong oleh pertemuan-pertemuan sosial pada hujung minggu.

Encik Ong turut menarik perhatian bahawa Singapura berjaya mengharungi setiap gelombang jangkitan, namun akan masih meneruskan rancangan untuk membuka sempadan negara. Jumlah kes sedia ada disebabkan oleh kedudukan Singapura yang berada "di tengah-tengah" fasa pembukaan semula.

MENARIK BALIK PERATURAN SATU 'TITIK PERUBAHAN'

Mengimbas pengalamannya menangani pandemik COVID-19 sebagai pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian, Encik Ong mengimbau salah satu daripada "beberapa langkah besar" yang harus dibuat oleh pasukan bertindak itu adalah keputusan untuk hidup bersama virus tersebut.

Encik Ong berkata, dengan peraturan yang dipermudahkan, orang ramai tahu bagaimana untuk memainkan peranan mereka dan jika peraturannya mengelirukan, maka ia hanya akan menimbulkan "ketakutan".

Keputusan itu adalah "titik perubahan besar" sedang kadar vaksinasi meningkat dan orang ramai tahu bagaimana untuk bersikap bertanggungjawab ke atas diri mereka sendiri, jelasnya.

"Apabila (kadar vaksinasi kita) mencecah 80, 90 peratus, gelombang Delta sudahpun berlalu. Kita mula membuka sempadan selepas itu, dan segalanya kini tinggal sejarah."
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan