Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15 anggota masyarakat India terima anugerah kedua IHFS

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jul 2022 10:19PM Dikemas Kini : 30 Jul 2022 10:25PM
SINGAPURA: Dewan Kemasyhuran Masyarakat India Singapura (IHFS) mengadakan acara penyampaian anugerahnya yang kedua pada Sabtu (30 Jul).

IHFS mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada anggota-anggota masyarakat itu kerana khidmat dan pencapaian cemerlang dalam pelbagai sektor di peringkat nasional.

Mantan menteri, S Dhanabalan mengetuai senarai 15 orang yang diberi penghormatan IHFS tahun ini.

Beliau menerima Anugerah Kecemerlangan S Rajaratnam bagi Pencapaian Politik Selepas Kemerdekaan.

Encik Dhanabalan berkata beliau gembira kerana mendapat pengiktirafan bagi sumbangan beliau kepada pembangunan negara, bukan setakat sebagai anggota masyarakat India tetapi juga sebagai rakyat Singapura.
Sumber : CNA/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan