Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15 anak kapal diberkas jalankan urus niaga haram minyak gas marin

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 15 lelaki diberkas pada Jumaat (1 Mac) kerana disyaki terlibat dalam urus niaga haram minyak gas marin.

Lapan daripada mereka merupakan anak kapal bot tunda berdaftar Singapura, manakala tujuh yang lain merupakan anak kapal bot tunda luar negara.

Demikian menurut kenyataan media dikeluarkan Pasukan Polis Singapura (SPF).

Urus niaga haram tersebut dipercayai berlaku di perairan berdekatan Tuas.

Siasatan awal mendedahkan bahawa anak kapal daripada bot tunda berdaftar Singapura itu dipercayai menyalahgunakan minyak gas marin tanpa pengetahuan syarikat mereka, dengan menjualnya kepada anak kapal lain.

Bot tunda dan wang bernilai S$8,200 diberkas sebagai bukti kes, tambah polis.

Anak kapal kedua-dua bot tunda tersebut akan didakwa di mahkamah esok (2 Mac).

Anak kapal bot tunda luar negara itu akan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah menerima harta yang dicuri.

Polis memberi amaran bahawa ia memandang serius urus niaga haram minyak gas marin di perairan Singapura.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan