Skip to main content

Singapura

15,700 bujang beli flat dua bilik BTO di estet baru sejak perubahan dasar pada 2013

Lebih ramai golongan bujang di sini mendapati semakin mudah untuk memiliki sebuah flat.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Feb 2020 04:15PM Dikemas Kini : 23 Feb 2020 10:54PM

SINGAPURA: Lebih ramai golongan bujang di sini mendapati semakin mudah untuk memiliki sebuah flat.

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyatakan sekitar 38 permohonan diterima bagi setiap flat tujuh tahun lalu.

Namun dengan bekalan yang mencukupi iaitu sekitar 4,000 unit baru setiap tahun sejak 2014, kadar permohonan merosot kepada kira-kira 2.4 pemohon bagi setiap flat pada 2019.

PERUBAHAN DASAR BERI LEBIH BANYAK PILIHAN

Salah seorang pembeli flat yang meraih manfaat ialah Encik Chua Wee Lam.

Ketika beliau berusia 35 tahun sedekad lalu, impian untuk memiliki sebuah rumah agak sukar.

Ini kerana pilihan yang tersedia bagi golongan bujang pada masa itu hanya flat jualan semula.

Namun apabila dasar diubah pada 2013 untuk memberi lebih banyak pilihan tambahan kepada golongan bujang, beliau mula mencari tempat tinggal yang diidamkan.

Sejauh ini, HDB menyatakan 15,700 dari golongan bujang sudah menempah flat dua bilik BTO di estet baru dan 7,700 daripada mereka sudah mendapat kunci.

Berdasarkan pendapatan bulanannya, Encik Chua layak menerima geran sebanyak S$20,000 dan bakinya pula dibayar melalui CPF.

Sejak Geran Perumahan yang Dipertingkat diperkenalkan September lalu, golongan bujang lebih mudah mendapatkan subsidi bagi flat baru ataupun jualan semula tidak kira saiz mahupun lokasi.

HDB menambah bahawa pihaknya akan terus memantau permintaan dan menentukan bekalan flat dua bilik.

Setakat ini, unit-unit berkenaan akan ditawarkan di estet baru seperti Choa Chu Kang, Tengah dan Woodlands pada pelancaran BTO bulan Mei dan Ogos.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita