Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1,472 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura; 1,001 jangkitan Omicron

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,472 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (20 Jan), termasuk 339 kes import.

Anggaran Waktu Membaca:
1,472 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura; 1,001 jangkitan Omicron

Orang ramai melintasi jalan raya di Raffles Place pada 6 Sep 2021. (Gambar: Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,472 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (20 Jan), termasuk 339 kes import.

Satu kes kematian dilaporkan.

Laman MOH turut menunjukkan 1,001 kes baru varian Omicron disahkan hari ini - 952 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala lagi 42 adalah kes import.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 20 Jan: 1,472 berbanding 1,615 pada Rabu (19 Jan)

Kes baru dalam masyarakat: 1,133
Kes import: 339
Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 297,549

KEMATIAN

Kes kematian pada 20 Jan: 1
Jumlah kematian sejauh ini: 845

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 2.17, naik berbanding 1.96 pada Rabu (19 Jan).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 306 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 281 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 16
Dipantau rapi di ICU: 14

Seramai 966 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Rabu, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Dis.

Lengkap divaksin 2 dos: 88 peratus
Baru menerima satu dos: 90 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 54 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan