Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

14,228 kes baru COVID-19, 8 kematian dilapor di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
14,228 kes baru COVID-19, 8 kematian dilapor di S'pura

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 27 Feb 2022 10:36PM Dikemas Kini : 27 Feb 2022 11:03PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 14,228 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (27 Feb), yang terdiri daripada 14,064 jangkitan tempatan dan 164‬ kes import.

Lapan kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 27 Feb: 14,228
Kes baru tempatan: 14,064
Kes import: 164

Jumlah kes baru Protokol 2: 11,864. Ini terdiri daripada 55 kes import dan 11,809 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 2,364 kes disahkan menerusi ujian PCR. 2,255 adalah jangkitan tempatan manakala 109 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 710,880

KEMATIAN

Kes kematian pada 27 Feb: 8
Jumlah kematian sejauh ini: 1,007

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.14, merosot daripada 1.21, pada Sabtu (26 Feb).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,553 pesakit masih dirawat di hospital, tidak berubah daripada semalam (26 Feb)

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 214

Dipantau rapi di ICU: 46

Seramai 19,041 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Ahad, 94 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember.

Lengkap divaksin 2 dos: 91 peratus
Baru menerima satu dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 67 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan